Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI

Friday, December 11, 2009

Majlis Perlancaran Produk Herba

Tahukah anda?

Hutan hujan tropika menjadi habitat semula jadi kepada hampir 50 peratus hingga 90 peratus spesies tumbuh-tumbuhan, haiwan dan serangga yang terdapat di dunia walaupun ia hanya meliputi 12 peratus kawasan dunia. Hutan menempatkan 8000 spesies tumbuhan berbunga, 200 spesies mamalia, 600 spesies burung, 115 spesies ular, 80 spesies cicak dan 100 spesies serangga.

Di Sarawak pula, 70 peratus daripada kawasannya adalah diliputi oleh hutan hujan tropika. Ia menempatkan lebih daripada 8000 spesies flora dan 20,000 spesies fauna.

Lebih dari 2,000 spesis pokok yang ditemui di Hutan Malaysia boleh digunakan untuk produksi herba. Dan dilaporkan bahawa terdapat lebih dari 1,000 pengusaha produk herba di seluruh Malaysia. Kebanyakan pengusaha herbal menjual barangan mereka lebih kepada luar negara. Yang menariknya, mengikut sejarah, produk herba sebelum ini diusahakan oleh orang-orang kampung di dapor dapor rumah.

Jika di Indonesia, mereka memperdagangkan produk herba di tepi tepi jalan dan usaha itu di lakukan untuk sekian lama. Di malaysia pula, berlainan budayanya.

Lanjutan dari itu, satu majlis melancarkan produk herba telah di lakukan di Shah Alam. Cerita lanjutkan akan di beritahu kemudian ... Mungkin ini boleh dikongsi bersama, bila tiba masanya. InsyaAllah ..


No comments: