Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI

Saturday, January 16, 2010

PIBG kena bayar bil letrik sekolah?

Petang semalam sempat gak aku menonjolkan sikap bapa mithali aku pada jiran jiran. Yehaa ... Aku antara yang berpusu-pusu menanti anak di sekolah. Kesempatan ni tak selalu dapat aku lakukan sekarang kerana sibuk dengan urusan. (Macam la sibuk sangat)

Ketika menanti, sambil memantau kalau kalau anak sudah keluar, bertemu la aku dengan seorang kawan yang juga sedang menanti anaknya. Dia ni seorang dari AJK PIBG sekolah tu. Maka bercerita la aku.

Aku memang tak tau betul atau tidak, tapi sekarang, pihak PIBG di berikan tanggung-jawab baru pada tahun ni. Apa dia? Hah .. diorang kena bayar bil letrik dan bil air sekolah anak mereka.

"Biar betul bro?", kata aku. Dia jawab, "Betul la ni".

Lagi cerita yang menarik adalah, untuk tahun ni, guru-guru tidak diberikan elaun untuk buat kelas tambahan(Tuisyen). Kalau betul la cerita ni, apa lah maksud semua ni agaknya.

3 comments:

Anonymous said...

Kalau pasal SKIM BANTUAN TUSYEN SEKOLAH (SBT)tu, memang betul sbb aku sendiri cikgu kat sekolah. Tp bab PIBG kene bayar bil letrik dan air tu kurang pasti...sbb belum dengar lagi mcm tu walaupun aku juge salah sorang ajk pibg di tpt aku mengajar. TAPI....kerani sekolah aku ade cakap....berjimatle bile gune letrik dan air.

Anonymous said...

Aku pun ada dengar tentang cerita ni. Mungkin mereka dah kurang wang untuk bantu. Kalau lah betul PIBG kena bayar bil letrik dan air, nampaknya PIBG terpaksa perah mak bapak untuk dapatkan dana. Nampaknya kena lagi la.

Anonymous said...

Sukan peringkat daerah pun dah cuma tinggal 13 acara dari 23 acara seperti yang lalu-lalu he he