Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI

Saturday, July 4, 2009

Sibuk ya amat !

Tanah yang wak cerita kan tempoh hari nampaknya sudah sampai waktu untuk di bersihkan. Ada kawan kawan yang mencadangkan untuk ditanam pisang, ada yang suruh tanam keledek, ada yang suruh tanam jagung dan ada jugak yang minta untuk bina kandang kambing. Ada jugak yang suruh bela itik. Waduhhhh tijah ..!

Tapi yang penting, kawasan itu perlu di susun. Modal untuk bersihkan kawasan pun boleh tahan juga. Sedang mencari quotation yang termurah untuk perkhidmatan tu.

Dalam minggu ni, minggu depan dan seterusnya, masa wak di habis kan di dalam hutan. Mencari cari punca air dan bagaimana punca air itu boleh digunakan untuk tanaman tanaman di sana kelak.

Perjanjian dengan tuan tanah perlu juga di buat, agar jangan nanti tanam dah tanam, ternak dah ternak, tup tup .. tuan tanah nak balik. Tak ke haru dibuatnya.

Pelabur sudah kelihatan. Nampaknya ramai yang berminat untuk mengusahakan pertanian di kala ekonomi bergolak.

Di dalam masa yang sama, ada pulak tawaran untuk mintak wak pajak tanah sekitar 100 ekar. Nak tanam apa pulak kat situ? Sedang di pikirkan.

Ramai kawan kawan yang berduit dan berwang sambut cabaran wak untuk bertani. Sanggup keluarkan modal dan kepakaran. Wak tolong aturkan saja.

Dalam pada itu, ladang limau wak yang 2.4 ekar tu pun sudah hampir 1 bulan usianya. Mahu di jenguk jenguk. Jangan nanti yang di kejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Masa ni la aturan jadual yang kemas perlu di titik beratkan.

Pada kawan kawan yang ajak ke sana dan kesini tu, wak minta maaf kerana tidak berkesempatan. Kekadang bila bersembang dengan kawan, kepala otak ntah kemana mana melayangnya, teringatkan ladang ladang dan kebun yang sudah tersemai di dalam kepala otak wak.

Nasib baik ada kawan yang baik hati mengupdate wartamaya .. Alhamdulillah.
InsyaAllah .. sudah ada perkembangan bergambar .. wak akan letak di dalam blog, untuk di kongsi bersama.

Jangan ingat blogger tak boleh bertani .. wakakakak !!!
Ingin di jadikan contoh, tanpa politik, hidup lebih aman, tenteram dan ingin menjadi contoh blogger yang beragan cuba untuk menjadi petani moden.

Tuesday, June 30, 2009

Jom bersembang

Hari ni agak lapang sikit ....
Teringat nak letak shoutmix kat blog ni. Maklumlah dulu masa ada chat box cam ni ... ramai kawan.

Tapi bila blog yang satu lagi tu tak der shoutmix ... semua kawan macam dah tak der. Bosan gak rasanya. Kali ni kat blog sini .. sembang pasal pertanian boleh la. Tak payah nak citer pasal politik lagi. Dah bosan.

Jom kita citer pasal benda lain.
wakakakak !!!

Masuk Hutan

Ni di gambar yang aku baru ambik .. dalam hutan. Tak nampak internet, tak nampak bangunan batu, tak nampak awek cun pakai skirt. Yang ada cuma pokok pokok hijau dan monyet seksi tak pakai baju, tubuh berbulu.


Hah .. rumah ni bakal jadi rumah persinggahan aku. Tidur bersama beruk beruk di hutan. Mula mula sampai .. suspen gak. Sebabnya .. tegak bulu roma. Tapi ok kot ... wakakak !!!



Tanah ni kawan wak punya. Dia tak buat apa apa. Pesannya .. "Wak nko tanam la apa apa .. asalkan nko jangan tanam orang dah."

Semuanya ada 30 ekar. Tanah orang kaya, tak sempat nak berkebun pun.

Ada juga yang kesian kat wak .. huhhuh ... !
Terbayang .. kalau murah rezeki .. pertanian menjadi, mungkin musim pilihanraya je wak cerita pasal politik. Tu pun setakat mengundi je. Nak tau wak undi apa? Tuuuu rahsiaaaaaa .....

Berbudi pada tanah lebih berbaloi

Apesal nak bertani? Tu la soalan yang diorang selalu kawan tanya. ye la ... mana kan tidak, kalau dulu biasa buat perkara lain, tapi sekarang cerita pasal tani. Jauh dari rupa bentuk muka dan budaya aku selama ni. Nak tau .... ni dia.

Aku antara yang terpedaya dengan Tukartiub. Dia kata industri industri yang ada sekarang ni tak selamat selain dari bertani. Bila ekonomi merudum cam sekarang ni. Bertani adalah industri yang paling selamat. Betul gak .. dah tengok keliling .. memang betul.

Dan sekarang ni, orang lain pun nak bertani sama. Sibuk la tanam cili, cendawan, serai, kentang dan macam macam lagi. Memandangkan sektor lain sengkek sekarang ni .. orang orang kaya dan miskin cam aku ni pun sibuk nak bertani.

Tak der pilihan. Tapi rasanya pilihan ni memang sampai ke tua. Tak payah nak tukar arah lagi. Dari membazirkan masa dengan politik tanah air yang tak selesai selesai ni, baik aku bersembang, bertahlil dan berdoa dengan pokok.

Wartamaya aku dah serahkan pada kaum kerabat aku. Dan yang tinggal adalah blog usang ni untuk aku cerita kan pengalaman pertanian.

Aku nak siarkan cerita cerita menarik sepanjang perjalanan hidup bertani. Perggggghhhhh !!!

Minat bertani

Apa kah pertanian dan perternakan yang sesuai diusahakan di negara kita disamping memberikan pulangan yang lumayan pada jangkamasa waktu pendek dan mampu bertahan lama?

Adoiii .. pening .. pening.
Tolong bagi pendapat .. aku dah pening. Macam macam la plak masalahnya. Ada yang mudah, tapi modal besar. Ada yang murah, tapi tak tahan lama. Ada yang menarik, tapi tak tau nak bertani.

Haiii .. serba tak kena nampaknya.