Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI

Thursday, December 3, 2009

Cantiknya tebu



Kisah kegigihan seorang gadis yang telah merubah kawasan pertanian padi kepada tebu.
Kenyataan menarik darinya ..
“Selepas menceburinya saya dapat rasakan pengalaman terlibat dalam bidang pertanian cukup puas,” katanya.
Baca lagi DI SINI
Untung jadi tebu.

Rezeki tidak diduga

Hari ni sungguh keletihan. Dalam letih, bangun juga untuk selesaikan masalah keluarga. Petang, baru pulang ke rumah dan berehat ala kadar. Tak banyak berita di perolehi dari rakan. Celcom mungkin terlalu dengki.

Tapi semalam, segalanya berjalan lancar. Beberapa lokasi tanaman telah disediakan. Operasi meracun pun diteruskan. Pulang ke 'base' memerhatikan rakan membakar lebihan lalang yang kering. Oleh kerana cuaca agak panas, kawasan pembakaran pun menular. Termenung sambil berfikir, "Bagaimana kalau hujan dan api terpadam".

Sedang mengelamun, tiba tiba penduduk rumah berhampiran memangggil kami ke rumahnya. "Mungkin ada perkara penting", kata dalam hati. Kami bergegas. Sampai di sana, sudah terhidang nasi himpit dan daging masak kari. Temenung lagi aku. Besar nya kuasa Tuhan. "Ada rezeki yang tidak diduga". Mungkin ini berkat doa saban hari.

Selepas makan, kami minta diri untuk sambung kerja. Meneruskan urusan meracun di tepian pagar. Disitu, lalang nya sangat tebal dan insyaAllah, kalau murah rezeki .. pada lain hari, kami dah boleh tanam beberapa batang pokok. Benih pun sempat kami semai ...

Jam 5.30 ptg pulang. Singgah untuk buat laporan kepada Sifu, ngobrol sampei jam 7.00. Mata dah layu keletihan. Pada malam pula, buat laporan pada sorang lagi kawan. Selesai dan pulang.

Letih semalam masih tak hilang. Sengal sengal badan pun masih terasa. Mungkin perlu rehat untuk beberapa hari. Isteri pun dah merungut kerana kalau letih .. dia lah yang kena urut. Esok kalau berkesempatan, mungkin jenguk ladang limau pula.

-Tamat -

Tuesday, December 1, 2009

Pendapatan Lumayan


Tahukah anda bahawa terdapatnya banyaknya barangan dari buah Mulberry yang di jual di luar negara?
Kat atas tu adalah botol Mulberry Fruit Juice. Ada banyak lagi produk dari buah Mulberry yang di petik dari ladang.

Klik Laman ini untuk contoh contoh lain.
Kalau anda memiliki 1 ekar tanah .. sudah boleh mendapatkan pendapatan sehingga RM1,900 sebulan. Tapi tunggu pendedahan .. kalau tiba masanya.

Anda boleh jana pendapatan sendiri. Nape? Tak caye?

Monday, November 30, 2009

Pagi pagi pekena Teh



Ahhh .. lega.
Pagi-pagi pekena Teh.
Buang toksik dalam badan. Mengurangkan tekanan darah tinggi.
Serta menghilangkan dahaga setelah bertempur hebat.
Cheeewahhhhh ... !

Buat untung dengan bawang putih


Shao, 22 tahun sekarang memnadu kereta Toyota bernilai 180.000-yuan (RM89, 431) Toyota yang dibeli melalui urusniaga bawah putih.

Wajah Shao kelihatan gembira dengan kerjayaannya baru baru ini.

"Saya meminjam wang dan memutuskan untuk membeli 100 tan bawang putih dengan harga 3,2 yuan (RM1.50) per kg pada September," kata Shao.

"Saya membuat keuntungan sebesar 400.000 yuan (RM198, 736) daripada menjualnya dengan harga 7,2 yuan sebulan kemudian."

Shao bukan lah satu-satunya individu yang menjadi kaya dengan hasil niaga bawah putih apabila harga barangan tersebut telah meningkat dengan mendadak mengalahkan emas.

Cerita seterusnya anda boleh baca di sini