Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI

Tuesday, September 15, 2009

Kalau lah kita semua ada akal

Terlepas pandang atau sengaja tak nak pandang?
Ternyata di negara kita masih ramai yang fakir dan miskin. Tak kira la bangsa apa pun, tapi selagi mereka miskin selagi itu lah kita gagal. Gagal mentadbirkan wang sebaik mungkin kerna ada pihak mementingkan diri sendiri atau terlalu galak berpolitik.

Bila nak tiba hari raya ni, maka ramai lah individu fakir dan dalam kesusahan tersiar di dalam TV, media dan saluran info yang lain. Bermakna masih ujud .. tapi kenapa ketika ini sahaja?

Bertanya juga .. apa fungsi Badan Amal, NGO NGO, Badan Kebajikan dan Zakat? Kemana pergi nya diorang ni semua. Tak buat kerja, telinga bertutup. Mungkin menanti kalau kalau musim pilihanraya, baru terjenguk muka muka orang kaya yang bawa buah tangan. Lepas janji undi di pemberi bantuan, maka wajah berseri bak malaikat ini pun akan hilang semula.

Keujudan orang tengah di dalam memberi bantuan juga menimbulkan keraguan. bagaimana mungkin orang tengah lagi mewah dari orang susah. Sedangkan membantu itu tangggung jawab. Belum sampai ke bawah, wang digunakan untuk kemajuan diri. Wahhh ... Badan ini tegap, bangunan tinggi, bilik aircond, pekerja ramai, hebat .. hebat kapal takuk kau.

Kalau orang tengah yang menjadi lintah darat ini tiada, mungkin kan tiada lagi kemiskinan di negara kita? Mungkin ..Tapi tak pernah cuba kerna diri dibelengu rasa percaya atau diri memang malas nak berubah. Tak per ...serah je pada orang tengah. Baik tau buruk, terserah pada dia. kalau tak betul dia kena jawab nanti. Kalau gitu, tak payah lah berubah.

Seorang kaya bantu seorang miskin. Rasanya tiada lah yang miskin. Kalau lah kita semua ada akal, tahu buat pilihan, sudah pasti aman makmur satu negara. Tak payah nak pening kepala bila tiba hari raya. Pening bukan hendak berbelanja, tapi pening sebab penyakit yang sama berulang lagi. Macam tak selesai selesai.

Bodoh sungguh ke?

Monday, September 14, 2009

Chet .. ! Orang gajiku sakit lagi

Aku dah perasan sejak 2 - 3 minggu lepas lagi.
Disebabkan kedudukannya cuma beberapa langkah dari bilik, jadi suaranya kerap kedengaran.
Keadaannya agak berlainan akhir akhir ini.
Mungkin kah di gejala H1N1 atau mungkin penyakit asma yang sejak dulu menyerangnya.

Sudah 3 kali tahun dan setiap bulan Ramadhan, kesihatannya pasti terganggu. Mungkin perlu di periksa kesihatannya setiap tiba Ramadhan? Aku tak tau. Dia tak sebut pun, dia tak minta pun.

Semalam, isteri ku datang berkata, "Bang .. nampaknya orang gaji kita sakit lagi".
Aku jawab, "Memang dah tau .. sejak dua tiga minggu lepas rasanya."
"Tiap kali lepas kerja, mesti bunyinya tak berapa betul ... yee..yee.. yeee..", ajuk isteriku.

"Ahhh .. tiap kali Ramadhan memang cam ni la. Buat hal .. buat hal", rungut ku.

Isteriku hanya tersenyum.
Nampaknya aku bakal keluar belanja lagi. Kali ni mungkin sampai RM300. Tu la susahnya kalau ada orang gaji.


(mesin basuh) ni dia .. gambar orang gaji aku.

Saturday, September 12, 2009

Kita raya sakan ... !

Apakah betul budaya kita sekarang di dalam mengerjakan puasa dan berhari raya? Atau kita sudah jauh melencong, ntah kemana mana. Menyebabkan kita rasakan bulan Ramadhan dan Syawal menjadi lebih azab dari yang sepatutnya.

Ketika di bulan puasa, kita sibuk mereka reka juadah apa untuk kita berbuka puasa. Dari awal pagi, sudah mencipta apa yang perlu di makan hari ini. Dan dalam tempoh sebulan puasa, kepala dan terpikir, berapa pulak yang perlu di belanjakan ketika hari raya. Calculator .. terus mengira.

Petikan menarik dari pengalaman seseorang tentang suasana puasa dan raya mengikut pengalamannya di perantauan .. di Mekah.
Cerita Kak Nab lagi, apabila tiba waktu berbuka puasa, golongan Arab yang kaya-raya menyediakan buah kurma, susu dan roti untuk disedekahkan kepada para jemaah di masjid termasuklah yang berjalan kaki menuju ke masjid.

“Mereka berebut-rebut mencari orang untuk disedekahkan makanan tanpa mengira kaya, miskin atau bangsa. Selalunya kita dapat melihat, orang yang berebut-rebut hendak mendapatkan makanan tetapi keadaan di sini pula sebaliknya,” ujar bekas kakitangan kerajaan ini yang berasal dari Kelantan.
Manakala sambutan hari raya di Mekah berlainan .. tidak semeriah di Malaysia, katanya ...
“Begitu juga dengan sambutan hari raya di sini yang kurang meriah. Boleh dikatakan, kebanyakannya menangis dan sedih kerana bulan yang mulia hanya akan datang lagi pada tahun hadapan. Pada mulanya, saya ingatkan, mereka menangis kerana rindukan kampung halaman tetapi sangkaan itu meleset sama sekali,” kata Kak Nab.
Nak tau selanjutnya .. klik sini.

Kita .. puasa sebulan, raya pun mesti sebulan.
Kalau ziarah satu rumah .. kita pesan kat orang yang kita ziarah tu, "Datang la rumah .. aku tunggu" ... makanya, kita minta maaf dua kali. Ketika ziarah rumah dia .. dan kemudian dia ziarah rumah kita.

Perlu ke semua itu?

Dan kerana semua budaya ni membuatkan aku pening kalau tiba hari raya. Bayangkan, sebulan puasa .. belanja nak berbuka puasa, kemudian berhari raya dengan kos persiapan untuk hari tersebut dan belanja untuk ke sana kemari di dalam tempoh sebulan. Itu belum kos untuk menyambut tetamu dalam tempoh sebulan hari lebaran.

Makanya .. mana yang perlu di ubah, budaya ini perlu di ubah. Jangan kaya sebelum raya, papa selepas raya.

perghhh .. soal raya ni, orang kita yang paling hebat sekali.
Krismas, Chinese New Year diorang celebrate tak sampai sebulan. Tak cam kita .. sebulan beb.
Itu belum cerita tentang "open house" dan "angpow" lagi ...
Huhuhuhuh ..... muntah !

Thursday, September 10, 2009

UPSR dah selesai

Ahhh .. lega rasanya.

Zaman sekarang ni bukan anak jer yang sekolah, tapi bapak bapak pun sekolah sama.
Aku masih ingat zaman dulu. Kalau tak pandai, bengap, samdol .. kita kena belajar sendiri. Tanya pada ayah, dia buat tak tau. Bila tanya mak, dia geleng kepala.

Maklumlah ramai orang tua dulu yang tak tau membaca. Kena terima hakikat la beb.

Skarang lain .. anak suruh ajar, aku kena ajar. Tak pandai pun kena belajar. Kalau tidak, macamana nak ajar anak?

UPSR selasa lepas. Hari ni jam 3.30 dia selesai.
dari hari pertama sampai tadi, bila aku tanya "Ada masalah ke dik?"
Dia akan jawab ... "Semua ok"

ye la tu ...

Tapi bila dapat result ..aduwai .. Tuhan je yang tahu.

Tapi kira ok la .. time report card, aku yang sign. Tak seteruk bapak dia dulu.

Teringat aku zaman dulu, kalau report card banyak tanda "Merah" .. aku tak berani nak bagi bapak aku sign. Tak minum beer pun boleh kena rotan. Berbirat birat kat belakang ni. Tersedu sedu tahan nangis. Kalau nangis kuat, hukuman rotan di tambah lagi. Adoooohhhh...
Jadi kerana takut kena rotan ... aku sign sendiri.

Kekadang tu bila serah balik report card pada cikgu, Cikgu siap jeling jeling kat aku.Kemudian dia geleng geleng kepala. Cehhh .. aku pun buat machoo ..
Ye la .. Apa salah aku?

Salah tidak, tapi ruangan 'sign' ibu bapa tu, dah koyak rabak. Siap ada tampal satu keping lagi dibawah sebab ruangan tu dah berlobang. Jaman dulu mana ada liquid paper ni, jadi getah pemadam tu kena jilat dulu untuk padam tulisan ball point. kalau anak orang kaya, pemadan dia ada pasir sikit. Boleh padam dakwat ball point.

Esok dah tak payah hantar anak gi sekolah pagi. Diorang cuti.
AKu pun boleh buat kerja lain ... Lepas sahur ... dengkor sampai tengahari.

Bila bangun nanti .. buat buat terkejut .. "Ahhhh .. lewat lagi?" Cehhhhhh...

Monday, September 7, 2009

Berkumpul bersama keluarga

Banyak berita tentang politik rupanya. Tentang kuil lah .. tentang rompakan kuasa lah .. macam macam lagi.

Nak tengok pun malas. Nasib baik lah ada kawan yang tolong update wartamaya. Sekarang dah tak perlu toleh toleh lagi cerita politik tanah air. Menjemukan.

Kawan kawan ada yang bertanya. Tak kurang juga yang memujuk untuk aktif kan balik politik. Tapi ingat pesan orang tua, kami adik beradik tidak dibenarkan berpolitik kerana sejarah silam. Dulu betapa seksa nya kami sekeluarga kerana bapa libatkan diri dengan politik. Tak salahkan arwah kerana memang minat dia. Tapi sekarang kami sekeluarga hanya sekadar berbincang, tapi tak libatkan diri. Politik negara kita .... politik kotor.

Puasa sudah 17 hari. Semalam lepak ngan adik beradik di rumah kakak. Kebiasaan dibuat oleh kami adik beradik. Sekadar bergurau gurau dan mengupdatekan diri dengan perancangan hari raya nanti. Siapa yang akan pulang ke kampung dan siapa yang beraya di rumah mertua.