Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI

Monday, November 30, 2009

Pagi pagi pekena Teh



Ahhh .. lega.
Pagi-pagi pekena Teh.
Buang toksik dalam badan. Mengurangkan tekanan darah tinggi.
Serta menghilangkan dahaga setelah bertempur hebat.
Cheeewahhhhh ... !

Buat untung dengan bawang putih


Shao, 22 tahun sekarang memnadu kereta Toyota bernilai 180.000-yuan (RM89, 431) Toyota yang dibeli melalui urusniaga bawah putih.

Wajah Shao kelihatan gembira dengan kerjayaannya baru baru ini.

"Saya meminjam wang dan memutuskan untuk membeli 100 tan bawang putih dengan harga 3,2 yuan (RM1.50) per kg pada September," kata Shao.

"Saya membuat keuntungan sebesar 400.000 yuan (RM198, 736) daripada menjualnya dengan harga 7,2 yuan sebulan kemudian."

Shao bukan lah satu-satunya individu yang menjadi kaya dengan hasil niaga bawah putih apabila harga barangan tersebut telah meningkat dengan mendadak mengalahkan emas.

Cerita seterusnya anda boleh baca di sini

Sunday, November 29, 2009

Ilmu membersih ladang



"Senang je .. "
Itu kata orang yang dah biasa buat kerja ... atau kata orang yang tak pernah buat kerja.
"Guna pisau, jangan guna tali .. "Satu Contoh lagi.

Setelah 2 minggu berkerja di ladang, sikit sikit ilmu dapat di garap. Penting untuk projek akan datang.

Apa yang dibincangkan semalam adalah untuk mengaitkan faktor seperti angin, peralihan musim dan kemungkinan kedudukan matahari juga penting ketika usaha pertanian dibuat. Hmm .. air, api, tanah dan angin? Faktor faktor ini penting bermula dari usaha membersihkan ladang sehinggalah ke penuaian. Semuanya perlu diambil kira.

Ohooo .... jangan lupa "azan" ... Wakakaka !!!

Maka di perturunkan ilmu ilmu pertanian dari Sifu kepada kami ....

Bertani adalah urusan dengan Tuhan dan alam .. jadi kena cek semua tu. Jangan taram je. Bila semanya sudah diambil kira... Kos pun menjadi kurang.

Ilmu membersih ladang .. kalau buat musim tengkujuh, 2 minggu buat pun tak selesai. Disitu lah jentera moden main peranan. Kos backhoe/jentolak untuk sehari berapa?

Kos yang terlibat di dalam usaha sendiri, termasuk
1. Racun rumpai/tumbuhan
2. Minyak petrol untuk kegunaan mesin potong rumput
3. Mata plastik/pisau untuk mesin
4. Makanan dan minuman

Ilmu membersih ladang perlu ada .. rujuk SINI untuk pengalaman dan keterangan lain.

Lutut ketaq, pinggang sakit, kepala penin

Lutut ketaq
Hari ni sambung kerja kat ladang ....
Tak banyak perubahan. hujan masih renyai renyai .. rumput basah. Api tak nyala .. baru bakar sikit, hujan dah turun ... Orang yang biasa bertani tentu pelik. Bersih ladang waktu musim tengkujuh. Proses jadi lambat, kos pun tentu meningkat. Perut pun asyik lapar je.

Pinggang sakit ...
Dah tak der aktiviti .. besarkan kawasan tanaman. Bersihkan kawasan sekitar. Guna mesin potong rumput, bila mesin getar .. pinggang pun ikut sama. Terasa cam sengal-sengal. Balik rumah mesti isteri risau .... Cehhhh ..!
Masa nak memotong .. jumpa satu serangga pelik .. Color dia "transparent" ... Caya lah.
Gambar kat bawah .. tapi mungkin tak berapa jelas ke"transparent" tan nya.



Kepala penin ..
Dah kerana hujan, kami lepak kat kedai makan. Sorang member pesan 'nasi goreng kampung' dan sorang lagi member pesan 'nasi goreng cina'. Di buat dalam kuali yang sama. Waktu serentak. Rupanya sama, tapi nama nya lain ..
Macam macam la perangai diorang ni .. waiter yang hantar siap cakap
"Ye ..siapa order nasi goreng kampung?" .. member pun angkat tangan dan waiter hulur satu pinggan. "Satu lagi ni .. nasi goren cina .. siapa order?" .. .member pun ngaku. Waiter beri pinggan tu kat dia ..

Dua dua pandang antara satu sama lain. Nasi goreng serupa .. tapi namanya lain. Macam tu pun ada.



Sifu pulang awai .. dia kata nak rehat. Kitorang pulang ke ladang dan sambung kerja. Jam 5.20 petang, kami pun pack barang dan pulang ...

Selesai tugas untuk hari ni .. "to be continued ........ jeng jeng jeng"

Saturday, November 28, 2009

Kembali ke zaman Jahilliah

Ni lagu masa aku muder .. muder dulu. Aku pilih lagu yang sikit boleh terima akal. Yang heavy heavy, heavy metal dan trash tu .. aku sorok sikit. Takut ada yang takut nak dengar.

Lagu masa nak makan dengan kawan


Lagu masa aku nak tido ....


Cuti Semester


Masa nak gi class

"Aku terbakar", kata lalang.

Hasrat untuk membersihkan ladang terpaksa di batalkan untuk beberapa kali. Memandangkan upah bomoh tahan hujan semakin meningkat, maka hujan berterusan untuk beberapa hari. Usaha membakar rumput kering diladang terpaksa di 'tergendala' kan ..

Semalam tak hujan, sayangnya .. ia jatuh pada hari raya Idil Adha .. Camana nak gi, sedangkan jadual lawatan sudah ditetapkan. Sekali lagi usaha membakar gagal.

Malam semalam, kami calling calling antara kami. Rancang untuk turun hari ini. By Hook or By Crook .. kena turun gak. Awal subuh, hujan turun lagi. Waduh ... plan mungkin gagal lagi. Tapi hati membuak buak untuk tengok keadaan di ladang sana. SMS pada kawan .. jam 9.00 jumpa di lokasi pertemuan. Tepat waktu tu .. aku dah terpacak .. kawan kawan masih tak kelihatan. Batang hidung diorang cuma nampak bayang bayang je. Sementara tunggu .. Layan teh tarik sikit ... sekadar basuh anak tekak.

Sambil menanti, hujan pun teduh. Tidak lama, Kawan pun tiba. Kami bertolak ke ladang dengan doa agar hujan tidak turun lagi. Jika tidak, cita cita anak kecil bermain api mungkin gagal lagi ...

Sesampai di ladang, kelihatan Rumput masih basah. Try cucuh cucuh .. tapi rumput tak berapa nak layan. Langit semakin cerah .. Kalau keadaan stabil, dalam jam 11.00 mungkin rumput sedikit kering dan boleh dibakar. Sementara menanti waktu, .. kawan dah jeling jeling, tangan kanannya meraba-raba perut. Aku paham maksudnya .. mesti mamat ni lapar lagi.

Aku pun ajak diorang gi kedai berdekatan .. Belum sempat habis ayat, diorang dah siap berada di tepi kereta.

Aku dan sorang kawan ni order minum. Sorang kawan lagi yang asyik lapar tu ... dah pesan nasi goreng bersama telur dadar. Tak cukup dengan telur, dia pesan pulak daging ayam goreng di cincang. Gayanya macam tak makan seminggu .. Kalau orang Eutophia nampak, mesti diorang pun nangis sedih.



Tu dia .. dia tala nasi goreng ala Bangla yang dipesan. .. Telur dadarnya pecah sana, pecah sini. Lepas makan, kitorang lepak jap dan bila waktu menunjukkan jam 11.30 pagi, kitorang pun kembali ke ladang.

Kali ni, lalang mudah sikit terbakar. Mata kami jeling sana, jeling sini. Takut kalau kalau Jabatan Alam sekitar datang. Member kata .. JAS off hari ni ... raya Haji. Sikit cooollll ..



Tepat jam 12.3o dengan bantuan angin sepoi sepoi bahasa, api pun melarat dengan mudah. Dalam tempoh kira kira dua jam, seluruh ladang selesai dibakar. Selamat ... tiada siren bomba, tiada JAS ..
Kitorang bukan suka sangat nak bakar, tapi dah memang tu la cara traditional petani. Lepas racun dan potong rumput .. bakarrrrr !



Bunyi lalang yang dibakar macam bunyi keropok lekor di goreng. Meletup letup .. Aku pandang kawan sorang tu .. dia macam kembali lapar. Klik video kat bawah ni dan dengar bunyinya.



Selepas semuanya selesai .. kami relax sekali lagi .. Kali ni kat Pantai Remis. Pekena Kerang bakar dan 'Ale-ale masak pedas' .. Kami ratah aje. Airnya pula .. Air Batu campur .. Pergghhhhh ....!



Selepas lepak tepi pantai .. kami kembali ke ladang. Member potong saki baki rumput (Tunggul) dengan mesin. Tak lama kemudian, misi itu terpaksa dibatalkan kerana pisau mesin potong rumput tercabut. Nasib baik tak terbang dan potong kepala monyet.

Sebelum pulang .. kami di hidangkan oleh penduduk kampung tu dengan daging lembu panggang (Daging Korban), daging masak kari dan nasi himpit .. Waduh .. makan lagi!!!

Rasanya hari ni misi keseluruhan bejaya.
Kalau aku kata misi berjaya tu, bermakna, lebih makan dari kerja.
Esok kami sambong lagi ..

Friday, November 27, 2009

Kenapa daging import lebih murah?

Terpikir juga aku bahawa di dalam pasaran negara kita sekarang ni, daging tempatan lebih mahal dari daging impot. Bayangkan, binatang ternakan yang dibela di luar negara lebih murah harga dagingnya, walaupun terpaksa datang naik kapal laut atau kapal terbang ke negara kita.

Kalau la ada antara kita yang berangan nak jual daging tempatan kita keluar negara, berapa kah harga yang diorang nak letak agaknya?

Kawan aku kata .. "Uniknya tentang negara kita".
Sama la seperti beli kereta Proton yang mahal harganya berbanding jualan kat luar negara. Mana yang silap ni?

Para penternak terpaksa memilih untuk membuat bahan makanan ternakan sendiri. Kalau nak harapkan 'makanan pallet' impot semata mata, kambing pun terpaksa jual kandang. Babi pun dah lama meragam. Lembu .... habis kebun orang.

Kesian ..
Tapi cuba tengok link kat bawah ni ...
Mesin buat makanan haiwan .. dari rumput Napier .. Siap dengan tanda harga.
Rujuk blog nya kata SINI.



















Dalam pada itu, aku masih terus pikir .. dimana logiknya daging luar lebih murah dari daging tempatan? IShk ishk ishk ...
Mungkin kerana kualiti? Agaknya .. tapi sejauh mana kita beli berpandu kepada kualiti.
Asal kan daging .. kira ok. Buat satay .. lebih kurang je rasanya. Apa de hal? Soal kualiti tolak tepi, tapi soal halal dan haram jadi ukuran. Semuanya kerana nak jimat.

Wednesday, November 25, 2009

Betapa ketinggalannya kita





Kerdilnya kita di dalam bidang ini .... Hmmm
Jangan salahkan ibu mengandung.

Acar jeruk limau kasturi



Bahan:
4 biji jeruk limau kasturi
10 ulas bawang merah dan 4 ulas bawang putih
20 biji buah prune kering
4 biji cili merah } dibuang biji dan
4 biji cili hijau } dipotong memanjang
1 sudu kecil campuran jintan putih + jintan manis
1 camca ketumbar
1/2 camca lada hitam
2 sudu besar cuka
2 inci halia dimayam memanjang
1 sudu makan gula
garam dan serbuk perasa secukupnya

* buah2 asam yg lain boleh dimasukkan mengikut citarasa masing2.
Cara:
1. Campurkan jintan, ketumbar dan lada hitam dan ditumbuk hingga halus.
2. Panaskan minyak dlm kuali. masukkan bhn yg ditumbuk tadi. Goreng hingga garing dan pecah minyak. masukkan cuka.
3. Setelah itu masukkan jeruk kering yg telah disatukan. Kemudian masukkan segelas air sejuk.
4. Kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah yang berulas serta halia yg telah dimayam. Masukkan pula garam dan serbuk perasa dan gula. kacau dan biarkan kering.
* Acar ini boleh disimpan hingga 2-3 bulan...
Berapa harga jual agaknya?

Ulat Sutera di Indonesia


Bila kita cerita tentang Mulberry, ia bersangkutan dengan ulat sutera. Dimana ulat ini tidak memakan makanan lain kecuali daun Mulberri yang sudah dikeringkan di bawah tempat teduh. Perusahan ini sudah lama dilakukan di Banjaran Himalaya, sehinggakan pokok Mulberry sudah tidak diusahakan dengan cara lain kecuali untuk industri kecil-kecilan, penghasilan sutera mentah.

Kita tidak perlu cerita negara jauh-jauh, di Indonesia dan Thailand juga sudah lama mengusahakan industri ini. Sehingga kan kanak kanak yang berumur 5 tahun saja sudah bermain dengan ulat sendiri dan menjadikan hobi di dalam harapan untuk menjana kewangan.

Namun pengetahuan adalah perlu kerana ulat sutera perlukan penjagaan yang baik di dalam kondisi setempat yang lebih merujuk kepada suhu dan permakanan. Bukan boleh main main kerana sehari, satu pengalaman. Kalau dah lama .. memang hebat.

Percayakah anda bahawa perusahaan ulat sutera sudah mula di lakukan di Indonesia sejak tahun 1970-an lagi? Malah ada yang mengatakan bahawa seorang yang bernama Garut di Indonesia sudah memulai usaha ulat sutera sejak tahun 1961 lagi ...

Di daerah-daerah beriklim lembab, termasuk Temanggung (Jawa Tengah), Soppeng dan Bili-bili (Sulawesi Selatan) menjadikan usaha ulat sutera sehingga sekarang.

Untuk menghasil 20kg kepompong mentah, pengusaha perlu mendapatkan lebih kurang 700kg daun Mulberry sebagai upah kepada ulat. Perghhh .. banyak tu. Tapi pulangannya lumayan sehinggakan, usaha ulat sutera di Indonesia menjadi salah satu usaha pertanian yang cukup menggalakkan. Boleh diusahakan turun menurun, keturunan .. kalau mahu. Tak payah nak bua kerja lain.

Dengan pasaran kain sutera yang sudah sedia ada di seluruh dunia, menjadikan usaha memelihara ulat dan menghasilkan kepompong ini sebagai satu aktiviti yang terjamin. Soal kebanjiran bekalan mungkin tidak berlaku, seperti yang berlaku pada projek lintah dan mungkin ikan keli di Malaysia.

Salam Aidil Adha



Ok .. dua tiga minggu ni sibuk sangat ... kalau di pikir, tak menang tangan, Tak menang otak.
Ntah la ..
Hari ni rehat ... pikir pikir untuk pulang ke kampung. Call sana, call sini .. tanya adik beradik untuk pulang bersama. Kalau diorang tak der pun, tak syok gak .. Bukan nya call... tapi lebih pada menggoda.

Untuk beberapa hari ni .. rehat. Mungkin setakat jenguk jenguk je ..
Banyak kertas kerja perlu di siapkan. Tujuannya untuk diusahakan pada bulan Disember nanti.
Segala galanya tentang pertanian ..

Apa pun .. Selamat menyambut Aidil Adha .. Raya Korban ..
Teringat kat lembu pulak kali ni .... Dalam beraya tu .. berehat rehat la kalau pada yang perlu rihat.

Salam pada rakan rakan .. salam pada pelayar yang budiman dan salam pada petani ...
Esok hari raya .. !

Sedang dalam pembikinan UPDATE

Harap Maaf ...
Blog ini sedang dalam pembikinan.
Kononnya nak lebih kelihatan cunnnn ...

Tapi ntah la ..
Boleh ke tak ..
Apa apa pun .. harap maaf ....

----------------

Ntah kenapa ... aku tak serajin dulu.
Kalau dulu .. nak tukar template ni memang la satu benda yang syok.
Kekadang tu sampai bini pun aku boleh lupa ...
Tapi sekarang ... buat sikit sikit dah boreng. Mungkin faktor umur.
Jadinya .. aku maintain je la template yang ini ..
Mudah dan tak payah nak pening kepala. Nampaknya usaha kali ini sia sia ..
Kalau rajin nanti .. buat la lagi ..

Tuesday, November 24, 2009

Dato' Yasir lawat semaian Mulberry

Selepas rawat pokok limau .. pekena kopi ginseng kat kedai mamak ... Lepas tu kami nak pulang ke kebun sebab ada panggilan dari En Rizal, Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Selangor. Dia kata, nak lawat semaian Mulberry ....

Kami sampai dulu .. sempat perhati-perhati dan tanya khabar pada pokok .. Di bawah ni gambar pokok yang berusia tak sampai sebulan .. Dan lebat daunnya.

Di bawah ni pun sama .. Pergh .. Ada orang tanya kenapa tak lebat buah?
Jawapannya .. kita tak concentrate kat buah .. kita nak daunnya. Kalau nak buat juga ada rahsianya .. Lebih lebat dari yang lebat .. (Camane ye tu?)

Pokok Mulberry ni daun nya lain macam sikit .. kelihatan kecil kecil dan terbelah antara dua daun .. Induk yang kami ambil dulu pun sama bentuk daunnya .. Sedang cari apa spesis Mulberry ni. Mungkin sifu tahu.

Gambar dari jarak dekat ...

Tanaman yang kami test kat dalam guni .. bertunas semuanya . (Teknik orang malas) Nampak segar, tapi mungkin akan terbantut sebab perlukan baja, sedangkan sekam bakar yang kami gunakan itu sedikit je.

Pokok di atas tanah merah juga meriah pengeluaran pucuknya. Ada 3 atau 4 darinya sudah lebat daunnya ..

Tiba jam 11.30, Dato' Yasir dan Timbalan Pengarah Penerangan Selangor pun tiba (Datuk Dr. Yasir Mohd. Ikhsan) .. Di bawah ni gambarnya .... "Sorry Tok ! Kat ladang kami ni tak der air minum. Tak dapat la kami hidangkan sebarang makanan" ... Dato' kata, ladang ni kalau di besarkan, pulangan lebih lumayan dan mungkin peserta kursus pertanian akan dibawa datang ke sini. Tambahan lagi .... kawasan pertanian ni dekat sangat dengan bandar Shah Alam ...

Hmmmm ... baik jugak cadangan tu. InsyaAllah .. kalau ada duit, akan diusahakan. Maksud saya ..." Kalau ada duit la Tok !"


Datuk Mat Yasir Ikhsan ni adalah ..bekas ahli Parlimen Sabak Bernam (2004-2008), ADUN Sg Air Tawar Sabak Bernam (2000-204). Pernah berkhidmat Jabatan Pendidikan Selangor (1989-94), Yayasan Selangor (1994-2000). Presiden Kesatuan Pelajar Pelajar Melayu Selangor, Ahli MBS dan bekas SU Agong GPMS (1990-91). Lulusan B.A (Hons) dan M.Ed (Universiti Malaya) , PhD (Soc) University of Berkeley South California USA.

Dalam simbang simbang ... dia tanya pasal ayah kita dulu .. "Ohhh .. kawan aku dulu tu..", katanya. Alamak .. kawan la pulak. Ramainya la kawan ayah aku .. Aku je la nampaknya yang tak der kawan.

Tolong ! Limau aku diserang ....

Aku mendapat panggilan hangit pada minggu lepas lagi. tapi dok sibuk dengan kebun kat Jeram, jadi tak sempat nak jenguk kebun di Kelang.

Macam aku dah bagi tau sebelum ini .. racun dah beli, tong pun dah beli .. Tunggu waktu panas untuk aku serang serangga kat pokok aku tu.

Sebenarnya serangga tak serang, cuma dia cari makan. Dalam 1,000 pokok limau kasturi, 4 darinya telah teruk di serang. Daunnya lunyai ... berlubang lubang. Pokok tu dah tak handsome lagi ...

Jadi pagi ni aku gi la jugak ke kebun tu .. tengok perkembangan ....
Tu dia ... pokok yang kena attacked .. !



Aku bawak bersama racun 2 botol .. cukup untuk 1,000 pokok .. Jenis Malathion. Harganya RM19,50 sen sebotol. Dan Satu botol tu boleh dicampur 3.5 gelen air paip. Dah dicampur secukup rasa .. maka boleh la disemburkan ke pokok.



Dibawah ni .. mesti ada, Penutup hidung dan mulut .. boleh guna untuk H1N1 jugak. Harga? Free ... kawan bagi.



Sarung tangan .. takut terkena racun. Kalau kena kat tangan, kita tak perasan nanti .. susah. Termakan la pulak .. Tak pasal pasal masok hospital .. Harganya RM2.50/sepasang.



Dibawah ni .. TOng racun cap gajah .. Kapasiti 3 gelen campuran. Ada gambar gajah. Kalau tak tau nak sukat .. Air sesudah di campur dengan racun, mesti ketinggiannya sampai atas gajah lebih sikit. Kawan ada bagi tau .. kalau air tak lepas bahu gajah, susah nak angkat. Gajah angkat racun? Cam perli aku je...



Dibawah ni lah serangga yang aku jumpa sedang meng 'attack' limau aku. Dia keluarkan cecair pekat cam getah pada daun pokok. Bila daun pokok tu di selaputi cecair tu, alamat susah la daun nak sedut Oksijen. Bila daun tak dapat udara .. dia kering dan mati .. Pokok pun mati sama.



Untuk 1000 pokok, aku guna 2 botol racun dan 6 gelen air .. Buat kerja jam 10 ... dalam jam 11 selesai. Lepas tu basuh tangan ... lepak jap ..kemudian baru la boleh gi minum ngan kawan...
Minum tu adalah syarat wajib bertani .. Hu hu hu ..

Kursus Pertanian

Sekarang ni terdapat pelbagai kursus pertanian jangka pendek. Iklan tentang kursus ni terdapat di dalam akbar internet dan dari lain punca.

Antara kursus yang dianjurkan adalah seperti kursus menanam cendawan, industri sarang burung (pocket bird), Penternakan ikan keli, ikan talapia, penanaman serai, pertanian buah naga dan macam macam lagi. Semuanya adalah cara atau kaedah untuk mendapatkan ilmu di dalam bidang pertanian.

Selepas kursus di lakukan, peserta mempunyai pilihan, samaada untuk terus menceburkan diri di dalam bidang pertanian tersebut atau sekadar mencari maklumat.

Klik sini untuk melihat bentuk bentuk kursus yang telah dibuat .
Tepuk dada, tanya selera .. Cek poket, ukur kemampuan .. kemudian terus cebur diri dalam pertanian.

Monday, November 23, 2009

Kopi pegaga

Lupa lak nak citer. Bukan nak promo, tapi sekadar cerita pengalaman.

Semalam lepas kitorang belasah kebun sampai hilang tenaga, kitorang singgah kat kedai yang biasa kitorang pekena 'mee jawa'. Order 3 mee jawa .. dan sedang aku menebeng, kepala jengok sana sini, teringin lak nak perhati jenis jenis kopi yang ditampal di dinding kedai. Macam macam ada !

Rasanya hampir 20 jenis kopi bungkus yang dijual. Dalam banyak banyak, yang berjaya mengorat mata aku .. adalah kopi pegaga. Dicampur dengan bijiran kopi dan pegaga, di proses dan dibungkuskan.

Segelas .. RM1.70. Harga sebungkus cuma kopi tu RM1.50. Maknanya, RM0.20 untuk air panas dan sewa gelas. Aku pun order satu, minum dua orang. Share ngan kawan.

Dalam keta .. perut dah macam sikit kembung-kembung. Angin sudah mau keluar. tapi control macho ... takut terbunyi. Jadi bila dah keluar keta .. baru la lega. tapi disebabkan banyak kereta lalu lalang ..tak der la terdengar bunyi kentut tu ..

Kesimpulannya .. kopi tu memang hebat. Boleh buang angin dalam perut. Kalau nak cuba boleh. Rasanya sikit ada payau .. macam kelat. Mungkin rasa getah daun pegaga .. tapi syok .. Kalau nak beli, aku tak tau dijual di mana, tapi kalau terjumpa, baik cuba. Gambarnya ada kat atas tu ..

Mulberry menyembuhkan penyakit kusta

Penyakit kusta.
Mendengarnya saja sudah menggerunkan!

Kononnya penyakit kusta merupakan pernyakit sumpahan.

Waryadin, remaja kelahiran Tebing Tinggi (Sumbar) 1978 silam, tidak mengetahui kalau pada usia 16 tahun dia boleh menderita penyakit kusta.

Remaja tamat sekolah menengah itu baru mengetahui dia terkena penyakit tersebut setelah dua tahun menderita. "Saat masih di Sekolah menengah, saya hanya sakit-sakit biasa. Tapi kalau luka, sembuhnya lama," ujar Rayadin, nama panggilan akrab, penduduk Pisang Baru, Bahuga, Way Kanan.

Dia mengaku pada usia 15--16 tahun sudah mula mengisap rokok. Saat merokok terkena percikan api, tangannya tak merasakan sakit. Kulit nya seakan tidak merasa. Namun saat itu, katanya, dia belum mengetahui apa gejala penyakitnya itu.

Untuk mengobati penyakitnya tadi, awalnya pria pasangan Gimin (55) dan Sutini (45) ini hanya dibawa ke orang yang "serba tahu" (Dukun).

Pada waktu itu, disangka penyakit nya itu adalah kesan "Guna-Guna". Setelah dibawa ke orang pintar ternyata tak juga sembuh. Satu per satu bagian jari-jemari tangannya mengalami "luka", bahkan hingga membusukkan.

Karena keadaan semua jari-jemarinya kelihatan "luka", ibubapa Rayadin membawanya ke pusat kesehatan masyarakat (puskesmas) tak jauh dari kampung. Petugas disana menyarankan agar jemarinya dibedah.

Walaupun dirawati, penyakit kusta terus merebak. "Akibat sakit saya tidak lagi melanjutkan persekolahan," kata Rayadin.

Terus berusaha untuk sembuh, suatu ketika ada doktor yang menyarankannya dia mendapatkan rawatan di rumah sakit kusta di Palembang. Namun, kerana kurang kemampuan, rawatannya di buat ala kadar.

Dia pun makin merendah diri kerana orang memandang penyakitnya secara sebelah mata. Ini berlaku kerana orang takut untuk berdampingan dengannya, bimbang berjangkit.

Akibat penyakit kusta ini, tidak hanya tak sekolah, tapi untuk bekerja juga sangat terbatas. Akhirnya hanya membantu orangtua berniaga tawhu.

Lapan tahun sudah berlalu, Waryadin menderita penyakit kusta, hingga menyebabkan dia cacat seumur hidup.

Untung saja, ada kenalan yang memperkenalkan ubat ke kakak sulungnya.

Rayadin, anak kedua dari lapan adikberadik, itu akhirnya mencoba produk obat tradisional yang merangkumi medik dan modern.

Langkah pertama, dia diberikan teh Mulberry atau nama produknya lebih dikenal dengan A2. Setiap hari dua hingga tiga kali meminum teh tersebut.

Teh itu menurut kata mereka berkhasiat sebagai antioksidan. Teh itu dianggap mampu mengeluarkan racun yang ada dalam tubuh. "Tahap pertama, kaki saya yang sudah bernanah dan membusuk bertahun-tahun itu akhirnya kering. Tidak hanya itu, teman tadi juga memberikan produk yang mengandung madu putih yang berkhasiat lebih dari teh Mulberry," ujar dia.

Lebih dari dua botol untuk menyembuhkan luka yang telah bertahun tidak kering. Selain itu, ditambah kapsul yang mengandung ginseng. Saat ini saya sudah menggunakannya hingga beberapa bulan. Awalnya saya sukar berjalan, karena kaki yang luka sudah bertahun.

Kini sebagian luka di kaki dan tangan sudah kering dan Rayadin mampu berjalan secara normal.

"Awalnya saya tidak percaya, tapi dicoba dan ternyata cocok untuk saya. Saat ini untuk perawatan, saya tetap meminum teh Mulberry. Saya tak tahu apakah saya bisa sembuh dengan penyakit kusta. Namun yang pasti, saat ini saya berusaha mencegah penyakit itu merosakkan tubuh saya secara perlahan".

Untuk Diketahui

Penyakit kusta menular pada seseorang dan dapat dirasakan 10 tahun akan datang. Gejala pertama hanya seperti bertanda putih seperti panau, tiada rasa, kebas, misalnya jika disentuh dengan kapas. Untuk tingkat yang lebih parah menyebabkan cacat seumur hidup.

Penyakit kusta sebenarnya tidak membawa kepada kematian, tetapi jika sudah terkena penyakit tersebut mangsa akan cacat seumur hidup. Penyakit itu sendiri terbagi dua yakni kusta PB (Pancibacillary) dan kusta MB (Multibacilliary). Kusta PB, termasuk penyakit kusta yang tidak berjangkit dan kusta MB adalah jenis yang berjangkit.

Penyakit kusta ini memang termasuk penyakit berjangkit yang paling tidak berjangkit. Dari 95% menurut ahli tidak boleh berjangkit karena manusia memiliki CMI (ketahanan tubuh) dan tiga persennya semimenular dan sisanya sangat gampang tertular.

Aku petik dari SINI

Ulat makan pokok limau aku

Rasa macam nak pantah pinggang, nak runtuh bahu. Gitu la gamaknya kalau orang yang tak pernah bertani tapi kononnya nak bertani. 2 hari straight .. Patut la ramai budak kampung aku yang cari kerja kilang .. letih mak aaiiii ..

Untung kawasan yang kami terangkan 2 hari berturut-turut tu jauh dari penempatan. Kalau nampak dek petani lain, mampuih diorang ketawa. Mau tidak .. baru sikit dan sakit sana, sakit sini. Kalau aku paham beruk ketawa .. mungkin satu hutan beruk ketawa.

Tapi hari ni senyap sunyi ..
kawan kawan pun macam dah tak der. SMS punya tidak. Sorang tu dah penat kot. Silap silap dia bantai demam. Pagi tadi, aku pun macam tak sedap badan. Semuanya lenguh. Nak turun tangga pun kena paksa. Sengal segala galanya. Pergi sekolah nak uruskan hal anak pun macam terpaksa. Nasib baik cikgu kat sekolah tu baik... kalau tak, mudah je aku naik angin. Selesai urusan kat sekolah .. aku gi ranjaukan diri ..

Sempat aku sungkit cikgu tu .. "Nasib baik la cikgu ada, kalau tak ..susah la saya". Cikgu tu pun senyum kat aku .. Perghhhhh ....!

Lepas tu gi jumpa kawan kat Shah Alam .. lepak sambil berbincang lagi.
Dok sibuk dengan ladang baru, terlupa lak pada ladang lama. Cerita dari kawan, ulat dah makan satu pokok limau kasturi aku .. "Tinggal batang je wak" ... Katanya lagi, "nasib baik satu pokok je. kalau satu ladang ..alahai menangis la aku"

Mentang mentang aku tak datang .. limau aku dia balun rupanya.

Lepas lepak .. aku gi cari tong racun cap gajah ..(RM90.00) untuk 3 gelen. Shhh (Racun ulat) berharga RM19.50 satu botol .. Aku beli 2 botol. Kata tokey tu .. 1 botol untuk 4 gelen. Jadinya .. 2 botol untuk 8 gelen. Sebelum aku blah ..tokey tu pesan "Itu racun jangan minum tau !"... Chet dia ingat aku biol ke. Cium tu sikit sikit berani la .. tapi kalau suruh minum, mampuih tak buat.

Cadangnya Jumaat ni, lepas solat nak turun ke ladang untuk beramah mesra dengan ulat ulat ku. Soram kawan aku tu ..katanya nak mesin rumput.

Kawan jawa aku sorang tu dah bagi pinjam 2 mesin untuk kami gunakan .. hah .. hari jumaat kami akan belasah kebun, kasi rumput tumbang.

Tak dapat main golf, dapat potong rumput pun .. jadi laaaaa ...
Terasa rindu pulak nak main golf .. bila la agaknya?

Berbudi pada tanah tinggi



(...)
Semasa mula mengusahakan ladang seluas 1.5 hektar di kawasan terbabit kira-kira 19 tahun lalu, Syed Abdul Rahman bersama beberapa rakan terpaksa meredah belantara dan menyediakan laluan keluar masuk yang minimum ke ladang.

“Asalnya dahulu ia hanyalah jalan tanah merah sebelum diturap menggunakan tar ataupun simen,” katanya.

Hampir 10 minit mengharungi laluan serba mencabar, kenderaan dipacu Syed Abdul Rahman tiba di destinasi yang dituju. Di sini, krew Jurnal mula dihambat perasaan teruja. - berita seterusnya

Saturday, November 21, 2009

Sebelum dan selepas

Hari ni kami membersihkan ladang..
Pagi pagi lagi ... cehhhh ... cam la pagi sangat. Bertolak ke lokasi jam 9.18. Syarat untuk berkebun adalah .. pagi pagi kena pekena nasi lemak. Syarat ni sorang teman kami yang bagi. Dia tu memang ... lain tak der, asyik makan .. ok la .. asal gembira.

Dibawah ni ladang yang kitorang nak kerjakan ... Gambar ni diambil ketika separa proses pembesihan. Nampak macam tak terurus ... compang camping. Sekali pandang cam rambut di guntung dek guru besar masam sekolah dulu.

Dalam membersih .... sifu terjumpa pokok APPLE yang ditanam dulu .. kesemuanya ada 8 pokok yang masih hidup. 7 pasu apple hijau dan 1 pasu apple merah. Nama scientificnya .. sifu ada bagitau ... tapi biasa la ... aku dah tak ingat.

Gambar bawah ni, sorang lagi kawan kami yang sedang menggunkan mesin rumput .. kalau sekali tengok cam biasa. Tapi sebenarnya, baru sekali pakai.

Yang dibawah pun sama gak .. Macam hero je ... Baru sekali guna tu ..
Tapi biasa la ... cam real.
Tang ni best sikit ... makan tengahari ... Kitorang gi ke bandar berdekatan dan makan. Yum yum ....Sedapnya. Ayam goreng tu.

Yang bawah ni sorang lagi (yang makan nasi lemak pagi tadi)... Nasi, simbah kuah kari, daging kambing dan acar. Perghhhh ... kenyang.. Lepas makan ni tak tau la macamana nak kerja. Nak bongkok sah tak boleh.

Dibawah ni ... ladang selepas di bersihkan ... Esok kitorang nak sambung lagi. Tinggal mengemas, bakar dan separuhnya di racun.