Masa buka sekolah tempoh hari, ibu bapa di beritahu untuk pergi dapatkan jenis darah untuk anak masing-masing. Itu arahan dari sekolah. Waktu tu, aku di sekolah menengah.
Anak aku yang sekolah rendah pun bercerita benda yang sama. Arahan dari cikgu katanya. Alasan ......... kalau apa apa jadi pada anak kita, cikgu tahu jenis darah apa yang di perlukan. Ok ! Aku setuju.
Sabtu lepas, aku gi ke Hospital Kerajaan. Tak jauh dari rumah aku. Kira-kira 3 kilometer.
Sesampai kat sana, aku tengok orang tak ramai. Yes ! Senang la nak berurusan. Tak macam time H1N1 dulu. Macam nak rak, letih menunggu.
Masuk dalam, kosong. Tempat duduk masih banyak. Aku pun gi ke kaunter. Jumpa dengan nurse. "Cik, saya nak buat proses kenal pasti jenis darah untuk anak saya.", kata aku dengan sopan la tu.
"Oooo.. sorry encik. Tak perlu buat. Kami dah call PPD (Pejabat Pelajaran Daerah) dan bagi tau benda ni", kata nurse India tu.
"Tapi cik .. ada apa-apa surat bertulis yang boleh saya tengok?", aku tanya. U all tau la benda cam ni. Antara satu jabatan dengan jabatan lain dalam kerajaan ni bukan betul sangat. Satu kata lain, satu lagi kata lain. Kalau benda cam ni berlaku, aku juga la yang jadi bola.
Nurse tu suruh baca notis yang ditampal dipapan kenyataan. Aku pun gi dan kenyataan yang ditulis tu bukan lah kenyataan, tapi notis yang tergantung-gantung maksudnya. Pastu lak tak der sesiapa yang tanda-tangan. (tengok kat atas tu)
Lantak hangpa la. Aku tak kesah. Diorang tak buat, aku boleh balik. Tiada masalah langsung. Pada cikgu, aku tulis surat kata, "Hospital kata tak perlu, diorang dah bagi tau PPD". Selesai.
Tapi aku tertanya, kenapa hospital tak nak buat proses tu?
Adakah berkaitan dengan kos dan kedudukan kewangan kementerian?
Jika PAS jadi MB Selangor : Subky Latif
10 years ago
8 comments:
anak gua tanya gua, dia darah jenis apa? gua jawab..jenis mulberry !
**pss..pastu kat sekolah,cikgu* kelas dia tanya, darah jenis apa? selumber dia jawab, jenis mulberry.
malam tadi kesian kat gua, gua tido kat hall..pasal bini gua marah gua!
*cikgu kelas dia tu bini gua..wakakak..!
Lu teruk la albanjari
Pendapat saya, jenis darah setiap orang sepatutnya direkodkan semenjak lahir dan dipaparkan di sijil kelahiran dan kad pengenalan. Tidak perlu lagi di adakan ujian setiap kali ia di kehendaki.
Ini membolehkan keputusan cepat dapat diambil sekiranya berlaku perkara kecemasan dan proses penambahan darah diperlukan.
shah
albanjary dah serba tak kena tu... gelabah dan curiga... hingga anggau mulberry... ha..ha..ha...
Mana taknya buah baru masak 2 biji dah kecoh nak buat jus perisa oren... ha..ha..ha...
Merah mulberry pun di sangka merah darah gak... sampai tersasul kat anak... malam ni tidur kat hall lagi ke..?
siutt la hang isa..citt ! wakakak...
hehehe..cian banjari ye....hehehe.. buah merah tu massaam lagi... hehehe...baru nak merah dah bawa lori nak kutip buat pa..!tapak tangan pong tak penuh laie....hehehe....ciannya...tang darah tu memang sah lah kosnya tinggi kalau semua murid gi chek..hehehe
Wakakak !!!
sistem maklumat murid2 sekolah masih ditakuk lama. setiap kali daftar kelas, setiap kali tu juga nak bagi salinan surat beranak dan macam2 lagi. dimanakah sistem maklumat terkini pelajar? bukankah dengan adanya ICT segala maklumat boleh disimpan samada rekod darah, DNA, peribadi dan macam2 lagi. dengan klik saja, kita boleh tentukan dimanakah kenaikan kelas, darjah, sekolah malah tempat duduk sekalipun.
aku cukup letih dengan Malaysia ... lebih baik duduk kat Jepun semula
Post a Comment