Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI

Tuesday, July 28, 2009

Tak tau nak sokong siapa ...

Semalam aku bertemu kawan. Penyokong PR .. dari dulu lagi. tapi sekarang dah kurang sikit. Sebab dah boring dengan politik. Sama seperti aku.

Meninjau apa pandangannya tentang nasib PR di Selangor, dan dia katakan. Kalau nak selamat, selamat. Kalau tak selamat pun .. dia tak rugi apa.

Mengingat kan dulu ketika dia berjuang sebagai Reformis .. kemana mana pergi, dia akan cerita tentang reformasi. Dimulutnya sentiasa ada nama "Anwar". Sekarang tidak lagi.

Bila ditanya .. dia akan jawab .. "Hish .. menyampah aku."

Menurutnya .. antara sebab dia tak suka adalah bila PR memerintah negeri Selangor, kerajaan mengekalkan barua barua UMNO di dalam agensi kerajaan. Talam dua muka, katanya. Jawatan jawatan penting di dalam PBT dan anak syarikat pun masih kekal di tangan mereka. Bak duri dalam daging.

Dah tau musuh .. masih di bela. Kononnya mahukan ketelusan. Ketelusan akan menyedarkan orang orang UMNO bahawa PR itu lebih baik. Walaupun kerajaan bertukar .. mereka masih boleh berkhidmat. Tapi tindakan ini telah menyebabkan banyak keburukan dari kebaikan. Penyokong terbiar tiada kerja dan jawatan. Orang baru di pelawa masuk dan di berikan pangkat. Orang lama yang tok tok dengan UMNO pulak boleh salurkan maklumat keluar.

Sikap ini menyebabkan PR di hindari oleh penyokong sendiri. Sekarang .. mereka berlindung dengan rakyat yang undi mereka dan penyokong penyokong baru yang tidak tahu dari mana asal usulnya. Ntah barua yang menyelinap masuk atau beruk di tepi hutan.

Oleh itu ... kawan aku berkata "Lantak lah depa .. baik aku cari makan. Nak selamat... selamat. Tak selamat, diorang punya pasal. Hanya perompak tau bagaimana perompak merompak."

Bertanya dia pada aku, "Wak macam mana?"
Aku jawab, "Dulu aku sokong demokratik .. sekarang republikan"

Kanak kanak tak pandai tipu

Semalam sedang menanti anak di luar sekolah, aku bersembang dengan para bapa bapa yang malang. Kerja menanti tiap tiap hari. Muka mendung aje. Macam tak ikhlas nak ambik anak. Wakakak !!!

Sorang dari mereka berkata ... "Dulu tak macam ni .. kita jalankaki, naik basikal jauh jauh .. tapi budak sekarang, mak bapak dah tunggu kat luar sekolah."

Lalu katanya .. ni semua kerana pembangunan yang tak semenggah ..
Rumah 50 meter jaraknya, tapi terpaksa tunggu kerana anak terpaksa melintas jalan untuk pulang ke rumah. Silap sikit, di sambar lori, bas, kereta dan motosikal yang kelajuannya mencecah kelajuan awal kapal terbang hendak berlepas.

Dalam pada tu .. banyak pulak kes culik. Tak kenal siapa ibu bapa, dan tak kenal siapa pencolek. Sedar sedar anak dah hilang. Tapi nasib aku baik sikit kerana di kategorikan orang susah. Jadi kalau di culik pun .. penculik tak untung sangat. Namun begitu, kena jaga jaga juga .. bimbang anak di culik bukan untuk wang tebusan, tapi untuk di jadikan peminta sedekah.

Bila anak pulang .. dia bercerita. "Bah cikgu Khairul nak pindah !".

Cikgu Khairul adalah antara guru yang paling anak aku suka. Baik hati .. pandai jaga hati kanak kanak. Nampak garang, tapi lembut. Sambung anak aku lagi .. "Ramai budak nangis. Budak lelaki pun nangis dah macam budak perempuan. Air mata meleleh - leleh .. meraung raung."

Tu dia perangai kanak kanak. Kalau suka sangat memang cam tu agaknya. Tak boleh nak cover line langsung.

Di tepi sekolah .. beberapa batas yang sudah di siapkan untuk pihak sekolah bercucuk tanam. Panjang dan bersimen kelilingnya. Macam makam (kubur) orang dulu dulu. Lebih kurang ada 6 batas. Kawasan tu dijadikan budak budak untuk lepaskan marah pada guru yang diorang tak suka.

Kalau di marah guru .. mereka akan berkata,
"Yang ini kubur guru besar ...."
"Yang ini kubur guru penolong kanan ... "
"Dan yang ini pulak .. kubur guru disiplin".

Saturday, July 25, 2009

Mendung mendung dan mendung

Politik negara kain mendung. Ada yang cuba untuk merosakkan keharmonian. Semuanya demi kuasa. Tu pasal aku dah tak minat dengan politik. Politik yang tak kenal musim. Asal bangun tidur, pikir macamana nak jatuhkan pihak lawan. Politik sepanjang waktu. Tiada rasa jemu agaknya.

Segala nya bagai dirancang. Si Pengarah sudah menetapkan awal dan akhir sebuah cerita. Hanya Allah swt yang mampu menggagalkan perancangan.

Aku ?
Masih dengan arena pertanian ... tunggu untuk memperolehi hasil.
InsyaAllah .... semuanya berjalan lancar.

Susah susah dahulu, senang senang kemudian.

- Radenjowo -

Monday, July 20, 2009

Hantu datang mengetuk pintu


( Klik untuk paparan lebih jelas dan menyeramkan)
TQ ... mangchik

Saturday, July 18, 2009

Date of birth



Wak dulu sekolah kebangsaan. Jadi tak pandai sangat lah pasal bahasa inggeris ni. Jadi .. antara yang wak keliru dulu adalah .. "Death of bird" dan "Date of birth".

Bunyi nye sama, tapi maksudnya berlainan. Jangan pulak di tanya siapa yang tolak burung ke bawah dari awan. Tak dapat wak nak jawab nanti.

Kalau ada borang tertulis ..
"Your date of birth : ............. ", wak jawab .. "Pegion"
"Sex : ........... ", wak jawab ... "Kadang kadang"