Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI

Thursday, July 30, 2009

H1N1 : Kejutan hari ini

Hari ni panggilan kecemasan dari teman anak yang berada di asrama. "Datang segera pakcik ! ... anak demam, batuk dan selsema. 3 orang dah positif H1N1. Cikgu suruh ambil anak. Dia beri cuti seminggu."

Sedang berbincang bersama kawan tiba tiba terpaksa berhenti. Ambil isteri dan terus pergi ke asrama anak. Bertolak jam 2.30 dan sampai jam 4.00 petang. Di sana anak sudah menanti. Suhu badan naik. Guru guru masih ramai berhimpun dan tercenggang cenggang di dalam bilik guru. Yang tersengeh, tersenyum dan tak kurang juga yang melopong tak tau buat apa apa.

Pelajar pelajar berkumpul antara mereka. Masing masing berbincang masalah masing masing.
Aku tanya guru .. untuk memastikan jumlah yang positif selsema BABI .. "3 orang semuanya.", kata seorang guru perempuan. Saya bertanya kembali .. "Jadi sekarang mahu tunggu apa? Apesal tak tutup saja sekolah ni?" ... Jawab guru, "Kami sedang tunggu laporan dan arahan dari pejebat pelajaran. Masih belum perolehi." ...

Aku berjumpa dengan pelajar .. menyelidik tentang perkembangan di sana. Aku bertanya,"berapa ramai yang demam?" .. Di jawab oleh seorang pelajar perempuan,"Ramai .. sekarang ni pelajar tingkatan 4 yang sepatutnya ada kira kira 125 orang, tapi tinggal kurang dari 20 yang ada di dalam kelas. Ramai antara mereka pulang ke rumah di jemput oleh ayah mereka. Ada yang tidak sihat dan demam." Aku tanya untuk kepastian, "Berapa ramai yang sah positif H1N1?". Dia jawab,"3 atau 4 pakcik" ... Aku tanya terus, "Atu korang tunggu apa lagi?" ... "Kami takut nak pulang .. takut cikgu marah !", jawab mereka.

"Pakcik rasa .. tunggu mati dulu baru sekolah tutup agaknya?", kata aku pada mereka. Jawab murid murid yang ada di sana .. "betul tu pakcik."

Anak aku sudah siap .. segala surat menyurat sudah siap dan terus ku angkut masuk ke dalam kereta. Memandangkan ada yang melihat kereta aku di pandu terus ke tempat letak kenderaan guru guru .. maka ada cikgu yang sudah hubungi JAGA untuk sound aku ..

Sesampai ke pondok JAGA .. Di sergah oleh pegawai yang bertugas .. "Hhhhaaaa ... ini yang saya nak marah ni .. !" ... Aku yang terkejut dengan sergahan tu ... terus aku menjerit sama .."Ye aku pun nak marah .. kita tengok sapa punya marah yang kuat !" ... Pegawai keselamatan tu terus .. merendahkan suara .. "Alamak .. baru nak marah, dia dah marah. Ingat nak gurau gurau .. ".

AKu terus serah surat pelepasan pada pegawai tersebut. Dan berlalu .. Di tepi pondok aku bertanya,"Kenapa topeng mulut hanya untuk guru?" ... "Ntah la tuan .. kami pun tak dapat.", jawab pegawai keselamatan. "Oh yaa ... ini macam .. cikgu je la yang hidup .. orang lain boleh mati." .. "Ye la agaknya?" jawab pegawai itu .. dan aku balas ... "Ini macam pun ada?".

Sebelum berlalu Pegawai keselamatan berpesan .. "Encik .. bawa anak encik ke hospital untuk pemeriksaan." ... hati bercampur campur, nak jawab marah, atau nak berbaik. Peringatan tu .. jadi aku slow kan suara .. "OK .. terima kaseh". Dalam hati berkata .. "Aku tau apa nak buat, tapi anak aku dah demam 3 hari, cikgu tak bawa pun ke klinik. Ubat pun tak bagi. Talipon selepas 3 hari .. Cheh ... !".

Berkejar terus ke hospital berdekatan dengan rumah .. selepas di ambil darah, Doktor sahkan jangkita biasa dan bukan H1N1 .. Alhamdulillah ... lega rasanya. Di berikan ubat dan aku pun pulang.

Hah .. selesai satu cerita hari ni ..

Wednesday, July 29, 2009

H1N1: Selamat kah anak kita?

Hari ni .. anak aku pulang dari sekolah mengadu sakit tekak. Katanya macam rasa nak batuk. Badan rasa tidak sihat. Malam ni aku akan bawa mereka ke klinik untuk rawatan. Bimbang juga kerana virus H1N1 sekarang ni dah macam tak terkawal. Kerajaan pulak tak komen apa apa dah.

Satu hari seorang mati.
Kelmarin seorang .. semalam seorang dan hari ni lagi seorang meninggal dunia.

Manakala beberapa kolej pengajian tinggi dah mula di arah tutup. 2 hari lepas, Sekolah Teknik Kuala Selangor, di tutup. Adik aku kelam kabut pergi ke sana untuk bawa pulang anak mereka.

Hati dah mula bertanya, kerajaan mampu kawal atau tidak wabak ini? Kalau kita kita yang kena, tidak apa juga. Tapi kalau anak anak yang masih kecil .. hai tak cukup tidur nak memikir.

Dari itu aku dah buat keputusan untuk tidak membenarkan anak aku pergi kesekolah untuk beberapa hari bermula esok.

Isteri ada bertanya, adakah ianya tidak menjadi kesalahan?

Aku jawab .. anak kita, tanggung jawab kita. Kalau cikgu suruh pegi sekolah, minta dari mereka 'surat pengesahan sekolah selamat dari sebarang wabak'.

Bagaimana cikgu nak jawab agaknya?

Tuesday, July 28, 2009

Nak jadi tokey koperat

"Kalau nak niaga .. kena belajar dari orang Cina", kata jiran aku dulu.

Tu la yang di sebut. Memang tak dinafikan bangsa Cina adalah bangsa yang pandai berniaga. Diorang tau selok belok perniagaan. Putar putar .. mereka yang untung. Sekarang orang Melayu dah ikut serta. Tapi ramai yang tak der ilmu tu. Berniaga .. lingkup. Berniaga lingkup. Dapat pinjaman kena beli kereta mata belalang dulu. Katanya, kalau pakai kereta cam tu, orang jadi confident. Jadi yakin ... Dapat projek. Ye ke?

Kata orang Cina pulak .. kalau kereta mahal .. Mesti susah nak bayar hutang.

Dulu Melayu hebat bertani .. sekarang tak lagi. Bila usaha untuk tambah jumlah ahli koperat, ramai yang alih minat pada bidang tu. Meleleh air liur bila tengok anak si polan bawak kereta besar masuk kampung waktu hari raya. Takkan kerja kerajaan pakai kereta besar. Takkan kereta besar dengan bertani. Pada sekitar tahun awal 70an dan 80an, tak der petani pakai kereta mewah. Jarang .... jarang .... atau tak der langsung.

Bertanya lah orang kampung, "Kerja apa anak sipolan tu?" ... "Ahhh .. berniaga .. pandai dia berniaga. Dulu tak macam tu, sekarang makin hebat."
"Ohhh itu macam kalu ..aku nak suruh anak aku niaga.", jawab sorang lagi.

Maka selepas tu .. ramai lah yang mahu niaga. Sawah ladang kat kampung terbiar. Mak Bapak yang dah letih bertani, pajakkan tanah pada orang lain. Sekarang ramai yang tergadai tanah sebab tak der siapa yang usahakan. Duit gadai tanah tu ..di bagi bagikan pada waris agar tak bergaduh kemudian. Masa bapak ada .. ok. Bila bapak dah tak der .. semua gaduh.

Bila ekonomi jatuh. Banyak syarikat tutup. Masing masing sibuk nak balik pada bertani. Sampai benih pokok tak cukup cukup. Baja pun terpaksa tambah stok. Ramai yang nak guna. Tapi nak bertani .. tanah pulak sudah tak der. Nak cari tanah kat mana? Ada ! Tanah wakaf.

Tu la dia ..

Kawan aku bertanya,"Mahu tahu kenapa Cina lebih pandai berniaga?"
"Tak tau ... ", aku jawab.
Jawab kawan aku, "Kita mula makan nasi guna pinggan dulu pun, Cina yang buat"

Mungkin sampai sekarang kita tak perasan, pinggan masih banyak di buat dari negara Cina. Sampai ada yang tak perasan terguna pinggan dari tulang babi.

Bantai la labu ...

Tak tau nak sokong siapa ...

Semalam aku bertemu kawan. Penyokong PR .. dari dulu lagi. tapi sekarang dah kurang sikit. Sebab dah boring dengan politik. Sama seperti aku.

Meninjau apa pandangannya tentang nasib PR di Selangor, dan dia katakan. Kalau nak selamat, selamat. Kalau tak selamat pun .. dia tak rugi apa.

Mengingat kan dulu ketika dia berjuang sebagai Reformis .. kemana mana pergi, dia akan cerita tentang reformasi. Dimulutnya sentiasa ada nama "Anwar". Sekarang tidak lagi.

Bila ditanya .. dia akan jawab .. "Hish .. menyampah aku."

Menurutnya .. antara sebab dia tak suka adalah bila PR memerintah negeri Selangor, kerajaan mengekalkan barua barua UMNO di dalam agensi kerajaan. Talam dua muka, katanya. Jawatan jawatan penting di dalam PBT dan anak syarikat pun masih kekal di tangan mereka. Bak duri dalam daging.

Dah tau musuh .. masih di bela. Kononnya mahukan ketelusan. Ketelusan akan menyedarkan orang orang UMNO bahawa PR itu lebih baik. Walaupun kerajaan bertukar .. mereka masih boleh berkhidmat. Tapi tindakan ini telah menyebabkan banyak keburukan dari kebaikan. Penyokong terbiar tiada kerja dan jawatan. Orang baru di pelawa masuk dan di berikan pangkat. Orang lama yang tok tok dengan UMNO pulak boleh salurkan maklumat keluar.

Sikap ini menyebabkan PR di hindari oleh penyokong sendiri. Sekarang .. mereka berlindung dengan rakyat yang undi mereka dan penyokong penyokong baru yang tidak tahu dari mana asal usulnya. Ntah barua yang menyelinap masuk atau beruk di tepi hutan.

Oleh itu ... kawan aku berkata "Lantak lah depa .. baik aku cari makan. Nak selamat... selamat. Tak selamat, diorang punya pasal. Hanya perompak tau bagaimana perompak merompak."

Bertanya dia pada aku, "Wak macam mana?"
Aku jawab, "Dulu aku sokong demokratik .. sekarang republikan"

Kanak kanak tak pandai tipu

Semalam sedang menanti anak di luar sekolah, aku bersembang dengan para bapa bapa yang malang. Kerja menanti tiap tiap hari. Muka mendung aje. Macam tak ikhlas nak ambik anak. Wakakak !!!

Sorang dari mereka berkata ... "Dulu tak macam ni .. kita jalankaki, naik basikal jauh jauh .. tapi budak sekarang, mak bapak dah tunggu kat luar sekolah."

Lalu katanya .. ni semua kerana pembangunan yang tak semenggah ..
Rumah 50 meter jaraknya, tapi terpaksa tunggu kerana anak terpaksa melintas jalan untuk pulang ke rumah. Silap sikit, di sambar lori, bas, kereta dan motosikal yang kelajuannya mencecah kelajuan awal kapal terbang hendak berlepas.

Dalam pada tu .. banyak pulak kes culik. Tak kenal siapa ibu bapa, dan tak kenal siapa pencolek. Sedar sedar anak dah hilang. Tapi nasib aku baik sikit kerana di kategorikan orang susah. Jadi kalau di culik pun .. penculik tak untung sangat. Namun begitu, kena jaga jaga juga .. bimbang anak di culik bukan untuk wang tebusan, tapi untuk di jadikan peminta sedekah.

Bila anak pulang .. dia bercerita. "Bah cikgu Khairul nak pindah !".

Cikgu Khairul adalah antara guru yang paling anak aku suka. Baik hati .. pandai jaga hati kanak kanak. Nampak garang, tapi lembut. Sambung anak aku lagi .. "Ramai budak nangis. Budak lelaki pun nangis dah macam budak perempuan. Air mata meleleh - leleh .. meraung raung."

Tu dia perangai kanak kanak. Kalau suka sangat memang cam tu agaknya. Tak boleh nak cover line langsung.

Di tepi sekolah .. beberapa batas yang sudah di siapkan untuk pihak sekolah bercucuk tanam. Panjang dan bersimen kelilingnya. Macam makam (kubur) orang dulu dulu. Lebih kurang ada 6 batas. Kawasan tu dijadikan budak budak untuk lepaskan marah pada guru yang diorang tak suka.

Kalau di marah guru .. mereka akan berkata,
"Yang ini kubur guru besar ...."
"Yang ini kubur guru penolong kanan ... "
"Dan yang ini pulak .. kubur guru disiplin".