Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI

Monday, August 10, 2009

H1N1 : Terus menular ..... !

Sehingga tengahari tadi, di beritahu jumlah kematian akibat H1N1 telah menjangkau ke angka 32 orang. Mereka yang diistihar positif virus ini turut bertambah. Sampai bila agaknya?

Ketika ini laporan memberitahun bahawa hanya sedikit jenis ubatan yang boleh menghindar penularan virus tersebut. Antaranya adalah Tamiflu. Tidak boleh di beli di mana mana farmasi kecuali pada doktor doktor yang diiktiraf.


Pautan tentang ubatan tersebut di sini .. TAMIFLU for Flu Treatment and Prevention

Namun begitu tidak di nyatakan ubatan tersebut boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit cuma ... diberitahu ianya boleh MENGHINDAR.

Semalam 8 orang meninggal dunia.
Hari ni 6 orang meninggal dunia ..
Esok berapa pula? Saya, anda, kalian atau siapa lagi?

Kepada sesiapa yang tiada keperluan ... duduk saja di rumah. Kurang kan beriadah di luar atau bercuti untuk mengelak bercampur dengan pesakit yang kita tidak kenal. Mungkin yang ada di sebalah anda adalah pembaca virus tersebut?

Sunday, August 9, 2009

Baja apa nak pakai ni?


Hari ni aku gi cari baja untuk tanaman limau nipis ku. 1,000 pokok tu nak kena baja. Kang terbantut plak.

Mengikut kawan aku kat nursery ... dia guna baja taik ayam. Baja taik ayam ni plak ada dua jenis. Satu yang dah proses .. dan yang satu ori punya. Pergi la aku jumpa kawan kat MARDI. Dia kata kalau yang ORI tu .. kena campur dengan kapur dulu. Cari taik ayam yang dah kering ... jangan yang basah.

Ikut kata kawan aku yang sedang buat pertanian .. dia gunakan taik ayam ORI .. Satu bag RM8 hinggit jer .. tapi kena perapkan untuk 2 minggu sebelum guna.

Kalau ikut pada kawan kat nursery di Semenyih plak .. guna Baja Kimia .. (Nitroposca Perfact) .. Ntah baja dari mana pun aku tak tau ..

Kalau ikut blog pertanian ni plak .. dia guna baja
12 -12 -17-2 + TE yang dibuat di Belgium. Baja ini agak mahal tetapi hasilnya sangat memberangsangkan. Baja ini berharga sekitar RM80.00 bagi setiap guni 50 kg sebelum pilihanraya berlangsung. 2 minggu selepas pilihanraya, harganya melambung sekitar RM160.00 seguni. Pada sekitar bulan Oktober, harganya mencecah RM240.00 seguni.
Hish banyak betulllll .... Mana satu aku nak guna ni?
Baja taik ayam yang dah di proses .. susah plak nak dapat. Kata kawan nursery tu .. kalau dah siap proses .. guna cuma 3 butir jer dalam satu pokok.

Kalau baru nak jadi petani ... memang pening di buatnya.

Kita cek plak dalam pautan ni
Jarak tanaman yang sesuai untuk limau ini ialah 6 m x 6 m. Gali lubangberukuran 0.6m x 0.6m x 0.6m dan gaulkan bersama 100g baja tahi ayam reput, 100 g baja triple superphosphate dan 100 g kapur. Tanam anak pokok ke dalam lubang dan padatkan tanah keliling anak pokok.

Bau taik ayam

Nampaknya untuk beberapa ketika ini .. aku terpaksa berikan perhatian kepada kebun sayur. Jangan nanti ada yang terbantut plak. Dulu bersungguh sungguh .. bila ada masalah, mood pun hilang. Tapi modal dah labur .. Jangan ada apa apa halangan.

Minggu ni kita main lumpur .. main selut. Main pokok pokok dan main baja taik ayam. Huhu .. berbau la nampaknya.

Tak per ... susah susah dahulu .. senang senang kemudian.

H1N1 : Awas ... ! Jangan lepak

Hari ni dilaporkan 8 kematian lagi berpunca dari H1N1 (Selsema Babi). Kalau tanya pada menteri ... dah sah dia kata, penyakit dan penularan ini 'TERKAWAL'. Lantak la depa.

Kita sebagai ketua keluarga kena jaga kesihatan anak bini. Kalau mereka tiada, kita jugak yang susah. Bukan depa depa.

Jadi pastikan anak betul betul sihat untuk kesekolah. Tapi bagaimana kalau ada peperiksaan. Sedangkan kementerian tak batalkan peperiksaan. Ianya akan di teruskan.

Ahhhhhh ... semuanya macam tak betul.

Wednesday, August 5, 2009

Sendiri buat, sendiri tanggung

Menurut berita bodoh, penularan H1N1 sekarang macam dah tak boleh di kawal. Tapi cooooollll ... jangan nampak sangat bodoh. Kena control. Kena tunjuk machoo. Jangan orang cam yang kita tak boleh nak kawal. Nanti ada yang malu ....

Sedar tak sedar ... Dah 13 kematian di laporkan.

Semalam, adik talipon. Berita kematian seorang guru di Selangor adalah dari sekolah tempat anaknya bersekolah. Mungkin ada unsur unsur wabak yang serupa. Dia bukan guru, tapi disebabkan dia kerja kat sekolah ..maka di dalam laporan disebut "seorang guru". Bantai la situ .. ikut suka korang.

Sekolah tu dah di tutup seminggu... minggu lepas. Selepas tempoh tu, kini di buka semula. Ada pelajar yang masih batuk dan selsema. Bimbang sebab anak anak perlu belajar untuk peperiksaan. Maknannya, walaupun masih sakit, mereka dihantar ke asrama untuk terus belajar. Mak bapak pening tak tau nak buat keputusan.

Sesampai di sekolah, mereka terus di kuarantin. Diasingkan di dalam satu lokasi dan di berikan makan dan minum. Sementara yang sudah sihat terus belajar seperti biasa.

Menurut kata guru di sana, pelajar yang masih batuk dan selsema tak perlu hantar anak. Pastikan mereka benar benar sihat .. baru lah di hantar. Jika tidak, mereka akan di kuarantin dan diasingkan.

Aku berminat dengan cara adik aku kuarantin anaknya yang diambil pulang dari asrama. Mungkin kita tidak mahu terlalu berkeras dengan anak sendiri, tapi kalau terpaksa ... perlu.

Ketika membawa pulang anak dari asrama, semua yang ada di dalam kereta mengenakan topeng tutup hidup dan mulut. Sesampai di rumah, anak tersebut di letakkan dibiliknya dan tidak dibenarkan keluar kecuali menggunakan topeng. Sedangkan anaknya tidak langsung menunjukkan sebarang simpton mahupun tanda tanda batuk atau selsema.

Nampaknya keras .. tapi untuk mengelakkan adik beradik dan keluarga lain terbabit sama.

Berlainan dengan aku .. kononnya sayang anak. Tapi semua sekali dah terbongkang kerana virus yang seakan akan selsema babi.

Hari pertama .. anak yang baru pulang tidur sekali bersama nenek dan abangnya. Keesokkan hari .. abangnya demam.

Hari kedua ... anak yang masih demam tadi tidur sekali sebilik dengan aku, isteri, anak ke 3 dan ke 4 ... esoknya, semuanya terbongkang sekali.

Akibatnya .. 5 hari dok pening nak selenggara semua perkara.

Jenuh nak hantar anak semua ke klinik. Bertambah malang, semua nya perlu di lakukan dihospital kerana pemeriksaan darah perlu dilakukan. Terpaksa lah tunggu sehingga hampir 2 jam menanti giliran. Dah la kepala pun masih terhoyong hayang. Badan masih tidak berapa sihat .. tapi tanggung jawab kena buat. Sendiri buat .. sendiri la tanggung.

Jadi .. sesiapa yang mahu mengambil anak dari sekolah yang ditutup kerana wabak ini. Waspada kerana perlunya penggunaan teknik yang betul .. jika tidak semua sekali akan terbabit. Walaupun bukan H1N1 .. tapi demamnya menakutkan kerana berlaku ianya secara serentak. Tak pernah berlaku seumur hidup ..