Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI

Sunday, December 13, 2009

Kalau lah aku Tiger Wood

Apa yang aku akan buat?
Mula-mula aku bersihkan kayu golf aku .. dan aku susun dalam beg.

Apa?
Tolong jangan pikir serong-serong.

Saturday, December 12, 2009

Jumpa member

Masih ingat lagi pesan mak masa raya tahu dulu dulu dulu ....

"Kamu ni kalau tak accident, tak tau kawan".
"he he he ... ", biasa la .. kalau disound dek mak, aku ketawa je.
Memang mak selalu gurau. Sampaikan kalau dia serious pun, aku anggap gurau. Tu yang masalahnya.

Maksudnya yang nak disampai kan adalah, anak anak muda sekarang ni jarang jenguk sedara mara. Kalau tak jenguk, kita tak kenal mereka. Kalau dah jadi accident, bergaduh tepi jalan, baru tau yang dilanggar atau melanggar tu sedara kita.

Tapi sekarang ni banyak sangat hal mak. Tak cam dulu .. pegi ladang pagi, tengahari dah lepak kedai kopi. Sekarang ni kalau tak sibuk buat kerja, tak dapat gaji. Kalau tak sibukkan diri, macam tak der kerja la plak. Habis yang dah kawin pun ada yang terpaksa kerja shift malam, tinggal anak dan bini atau laki. Dah nasib kita duduk kat negara kononnya makmur ya amat sangat ni.

Nak di jadikan cerita .. aku telah dipertanggung jawabkan untuk menyelesaikan soal 'manufacturing produk' yang aku sebut sebelum ni. Dengan urusan tu, terjumpa la plak kawan lama.

Kira-kira 8 bulan lepas, dia ni sibuk cerita pasal satu produk tu. Pastu dia hilang untuk seketika. Nak jadikan cerita, terjumpa la beberapa hari lepas masa perlancaran logo produk.

Semalam sembang-sembang ngan dia .. rupanya dia dah start niaga sejak dia menghalimunankan dirinya. Kerana tu dah lama tak dengar cerita. Kalau sebelum ni, sibuk dengan urusan politik, tapi dah hilangkan diri sejak beberapa lama, cuba haluan sendiri. Tak sampai setahun ... kira dia dah ok la dah tu. Cerita pun bagus, income pun bagus.

Tu la pasal .. jangan sibuk berpolitik sampai anak bini tak boleh makan. Hah .. padan muka. wakakakakak ... !!

Nak tau sibuk ke tidak kawan gua ni? .... Ni dia gambar bonet keta dia. Tapi low profile brader...



Friday, December 11, 2009

Majlis Perlancaran Produk Herba

Tahukah anda?

Hutan hujan tropika menjadi habitat semula jadi kepada hampir 50 peratus hingga 90 peratus spesies tumbuh-tumbuhan, haiwan dan serangga yang terdapat di dunia walaupun ia hanya meliputi 12 peratus kawasan dunia. Hutan menempatkan 8000 spesies tumbuhan berbunga, 200 spesies mamalia, 600 spesies burung, 115 spesies ular, 80 spesies cicak dan 100 spesies serangga.

Di Sarawak pula, 70 peratus daripada kawasannya adalah diliputi oleh hutan hujan tropika. Ia menempatkan lebih daripada 8000 spesies flora dan 20,000 spesies fauna.

Lebih dari 2,000 spesis pokok yang ditemui di Hutan Malaysia boleh digunakan untuk produksi herba. Dan dilaporkan bahawa terdapat lebih dari 1,000 pengusaha produk herba di seluruh Malaysia. Kebanyakan pengusaha herbal menjual barangan mereka lebih kepada luar negara. Yang menariknya, mengikut sejarah, produk herba sebelum ini diusahakan oleh orang-orang kampung di dapor dapor rumah.

Jika di Indonesia, mereka memperdagangkan produk herba di tepi tepi jalan dan usaha itu di lakukan untuk sekian lama. Di malaysia pula, berlainan budayanya.

Lanjutan dari itu, satu majlis melancarkan produk herba telah di lakukan di Shah Alam. Cerita lanjutkan akan di beritahu kemudian ... Mungkin ini boleh dikongsi bersama, bila tiba masanya. InsyaAllah ..


Wednesday, December 9, 2009

Belajar semula

Agak sibuk sekarang ni. Tak Dan (sempat) dan tengok internet pon.
Sekali sekali tu boleh la. Buat masa ni dok tengah buat research sikit tentang produk, pembungkusan, penjenamaan, pemasaran, permintaan dan macam macam karenah pelanggan.

Saja nak buat kajian sendiri. Sementara beberapa source ke arah penjualan barangan sudah di kenal pasti. Antaranya MAL, NOT, (aha .... terma baru) ... Hologram, pembotolan, Kilang-kilang pembungkusan barangan, barcode dan maciam maciam lagi.

Nak tambah ilmu konon. Dulu masa muda, malas nak belajar, dah tua ni baru nak menyibuk.
Wakakaka !!!

Monday, December 7, 2009

Produk bakal berada di pasaran !!!

Jeng jeng jeng ... !
Bakal berada di pasaran tidak lama lagi !!!

Persiapan sudah bermula sejak bulan lepas lagi. Di jangka siap sepenuhnya pada bulan Januari 2010. Untuk sebulan 100,000 unit akan dikeluarkan. Kalau tak dapat, pasti rugi ..

Ciri cirinya .. kita cerita kemudian. Wahhhhh .... !

Mungkin akan menyelesaikan kemelut dan teka-teki selama ini. Sambil tu kita sambung kerja ladang .. Wakakakak !!!

Atas faktor keselamatan ... gambar barangan terpaksa di lenyapkan untuk seketika !!!