Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI

Tuesday, October 27, 2009

Menyemai pokok sutera

Hari ni sudah sampai tempoh untuk menyemai pokok mulberry yang kami potong 2 hari lepas. Lewat petang, ke kebun untuk jalan kan proyeeeekkkk ..

Kelihatan 2 orang kawan sedang menyusun polybag yang diisi 3 bahan di dalamnya.



Gambar di bawah, mereka sedang mencucuk benih ke dalam polybag.



Semua polybag sudah siap di isi .. Siram dan selesai ..



Sebelum lepak .. di siram dan kita tengok perkembangannya. Sifu kata, Insyaallah berjaya. Kesemuanya 58 pokok.

Saturday, October 24, 2009

Kerana Belacan, aku balik kampung



Atas ni gambar belacan yang jadi kegilaan keluarga aku. Kalau aku 'mat salleh', tentu aku gila keju.

Salah satu alasan untuk aku pulang ke kampung yang jauhnya ratusan kilometer sebab belacan kat rumah dah habis. Dalam perjalanan pulang, wife call nak remind .. "Bang .. jangan lupa belacan" .. Cehhh .. dasar Melayu, gila belacan. wakakaka ... Cehhh .. macam la aku ni mat salleh.

Sayangnya .. Aku cari gak belacan yang ada kat bandar ni, tapi memang tak sama dengan belacan kampung. Isinya lembut, cukup rasa dan tidak terlalu masin. Kalau disimpan di dalam peti ais .. boleh tahan sampai setahun. Tak keras dan kelembutannya terjamin.

Ada juga belacan dibuat dari tangan. Maksudnya dicampur dan tumbuk ramuan dengan tangan. Bukan mesin. Yang itu .. mahal la sikit. Tapi pada yang peka pada rasa, tentu dapat bezakannya.

Kalau buat sambal belacan dan campuran kepada masakan ... Muah !! Marvelous.

Di utara Thailand khabarnya belacan dibuat dalam bentuk cair. Dah siap di bakar sebelum di cairkan agar senang untuk dicampur dengan masakan. Menurut kata kawan, satu perkampungan di tepi laut, yang kebanyakannya penduduk muslim Thailand ramai yang mengusahakan produk tu. Dan dijamin halal. Kalau dapat di pasarkan di Malaysia, tentu menarik.

Restoran masakan Siam yang ada di Malaysia menggunakan belacan cair untuk perniagaan mereka.

Belajar pembenihan Mulberry v1

Hari ni langkah kanan. Rezeki .. aku sempat belajar cara pembenihan (Menyediakan anak pokok) Mulberry .. Sepatutnya kami 3 orang belajar bersama. Tapi seorang dari kami tidak dapat hadir kerana mungkin kaki nya di rantai .. wakakak !!! Tak per .. kita semua dah kawin, jadi faham faham la.

Ok .. petang, aku pulang dari kampung mencari bahan untuk berniaga. Di dalam perjalanan pulang ke rumah dari kampung, sempat singgah di rumah Sifu. Jadi, Alhamdulillah, rezeki, kami di ajak untuk menyediakan benih Mulberry.

[Gambar bawah] Selepas dahan di cantas, kami usung pokok untuk di bawa ke rumah Sifu untuk di belasah. Kelihatan Sifu di depan dan seorang dari kawan sedang sama sama mengusung dahan Mulberry .. Macam bawa fail pejabat tu .. Kepit kat ketiak je.



Sesampai di rumah Sifu ...



Dahan dahan yang dipotong, di longgokkan di lantai .. Tengok tu daun Mulberry subur, lebar lebar seperti saiz penampar Muhammad Ali Tinju ..



Teman sedang memotong dahan yang besar .. Kelihatan bersungguh sungguh .. berpeluh tu.



Mana dahan yang kecil, kami guna gunting pokok.



Tu dia .. jumpa dahan besar lagi .. terpaksa guna gergaji.



Benih di bersihkan .. daun daun di gunting.



Taraaaa ... sudah siap. Bersedia untuk proses seterusnya.



Tak bayak, tapi boleh tahan. Anggaran 50 batang. Pada kawan yang tak dapat datang tu .. kalau nak belajar kena bayar. Hmmmm .. RM250 untuk satu sessi .. wakakaka !! Selepas ni ada proses lain dan kemudian kami akan start tanam. Hasil dari pokok pokok ini nanti .. kami akan terus kan projek Mulberry dan sebahagiannya kami akan jual dalam bentuk 'anak pokok' untuk yang berminat. Bukan nak kaya, tapi setakat nak bergaya.

Friday, October 23, 2009

'Jalur lebar' yang kuncup kuncup belaka

Diorang kata, tahun 2010, baru jalur lebar ok. Sekarang ni jalur tak berapa lebar. Semuanya sedang kuncup kuncup belaka.

Kesialan sistem jalur lebar (kuncup) ni aku perasan berlaku selepas raya. Lagi teruk dari mula mula dulu. Mungkin diorang raya tak habis lagi. Atau pun pelanggan dah bertambah ramai sebab iklan "dah potong .. dah potong" diorang tu. Kualiti pemasaran dan operasi tak seimbang la tu.

Hari ni selepas selesai kerja, aku dan isteri aku dok membega internet. Sorang jaga komputer, sorang lagi dok usung router P1 Wymax ke hulu, ke hilir. Nasib baik la wyre dia panjang. Kalau pendek, dah lama putus.

"Bukan situ", aku kata. Bini aku pun usung ke tempat lain. Test kejap ... "Tak boleh situ" .. dia pun usung pulak ke tempat lain. Begitu lah yang berlaku untuk beberapa minit. Yang bini aku pun punya la sabar, usung benda tu. Maklumlah orang nak cium bau syurga, kena ikut cakap suami .. wakakaka !!!

Dah usung sampai 15 minit, dapat sambung. Lampu router pun stable, tak lama kemudian lampu lip lap lip lap lagi .. Eeeee ... geram neeee ...

Menyampah betul. Nak tak nak kena juga layar internet.


Ni la binatang yang bini aku dok usung hari ini.


Thursday, October 22, 2009

BSN ... bank haprak



Hari ni hari jadi anak aku. Kelapangan yang ada diwaktu pagi di manafaatkan untuk membeli barangan yang dia teringin sangat. Tak dapat lah beli barang istimewa dan mahal, tapi cukup sekadar nak bagi tau, mak dan bapaknya sayang padanya.

Selepas membeli barang, singgah kami ke BSN untuk masukkan wang anak anak yang dikumpul waktu raya lepas. Duit yang aku masukkan termasuk lah duit syiling, bernilai RM30 hinggit.

Maka isteri pun menunggu giliran untuk dipanggil ke kaunter. Nombor giliran di panggil dan isteri pun rapat ke kaunter. Serahkan borang masuk wang dan sebeban wang syiling yang tak seberapa tu.

Kerani tu lantas berkata, "Puan, saya akan tolak RM2"
Isteri bertanya, "Kenapa?"
Kerani berkata lagi, "Sebab masuk duit syiling"

Isteri aku agak tercengang jugak, tapi tengok kan je gelagat kerani tu. Dia masukkan wang di dalam mesin kira dan resit yang keluar memang kurang RM2.

Ini lah BSN rupanya .. Nak suruh kira duit syiling kena caj RM2. Kalau di bank lain tak pulak kena prosidur pelik cam ni.

Pada sesetangah orang, RM2 memang lah rendah nilainya. Tapi aku ni orang biasa. Kais pagi makan pagi. RM2 pada ku memang bernilai. AKu bukan broker kapal selam yang boleh untung ratusan juta. Aku hanya orang biasa. Minggu depan kami membuat keputusan untuk keluarkan wang anak anak untuk dipindahkan ke bank lain.