Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI

Wednesday, December 16, 2009

Jalan-jalan tengok ladang kawan

Seronok tengok ejayaan kawan.
Ladangnya cuma 1 ekar, tapi hasilnya lumayan. Macam macam sayuran dan tanaman yang ditanam. Kawan wak tu berniaga sayur di pasar. Separuh dari barang jualannya adalah dari ladang ini.

Antara tanaman yang ada di ladangnya adalah kangkung, keledek, pisang, tomato, kacang panjang, labu air, kacang buncis, bayam merah, bayam hijau dan macam macam lagi.

Pekerjanya cuma 2 orang. Pendatang dari Myanmar. Gajinya RM35 sehari. Kerja dari jam 7.00 pagi sampai 7.00 malam. Disediakan pondok untuk pekerjanya tinggal. Di waktu malam, pekerja ini akan mengutip hasil dan diwaktu pagi, lori kecil akan ambil hasil tersebut dan dibawa ke pasar. Di sana, kawan wak akan menjualnya sendiri.

Kat bawah ni gambar batas kangkong.

Dibawahnya, gambar keledek. Disebelahnya sayur kacang bende.

Terdapat paip air menghubung punca air kepada 'sprinkler' ... untuk siram semua tanaman yang ada. Untungnya tanah ladang nya adalah tanah gambut. Tak susah untuk di gemburan dan dibuat batas.


Itu baru 1 ekar. Kalau dia ada lebih dari itu, tentu pendapatannya lebih lumayan. Sepanjang jalan pulang .. tengok tanah terbiar cukup banyak. Selalunya, orang ada tanah, tapi tidak berminat nak bertani. Yang berminat pada pertanian pulak, tiada tanah. Terpaksa la mereka mereka ini mencari cari tanah percuma untuk diusahakan. Kesian... Tang mana silapnya?

Tuesday, December 15, 2009

Untung si Tuah



Cam biasa. Tuah akan membebel bila nak makan. Lapar mungkin. Atau dia berkata "Hello bro .. apesal lambat kasi gua makan?".

"Ehh .. ikut suka gua la .. Lu makan 2 ekor ikan sehari. Gua sendiri tak tentu makan ikan tau".

Aku sambung lagi .. ,
"Untung lu dapat makan, kalau lu jadi kucing kawan gua .. 1 minggu kawan gua melancung, 1 minggu la lu kebulur. Bila kawan gua balik .. kucing tu jalan macam kena todi, terhoyang hayang. Kawan gua tu makin gemuk, lu macam nak mampos. Baru padan muka lu !!! ".

Dulu kawan gua tu ada tanya, "Kasi la gua bela burung shewa lu" ...
Huh .. kalau gua bagi lu sama dia .. gua ingat lu terbang langgar dinding la sebab kebulur giler.

Tuah senyap je macam paham ...
Macam terdengar dia jawab dalam hati, "Huhuhuh .. nightmare tu"

Cubaan ...

Gambar atas tu adalah koleksi buah pada hari ini .. hampir sekilo. Untuk tujuan testing. Pada kawan-kawan yang tak dapat makan buah ni .. jangan marah, sebab wak baru nak buat ujikaji. InsyaAllah, kalau ada rezeki, masing-masing akan merasa pada masa akan datang. Ada juga kawan wak yang sms bertanya kan buah .. wak kata, "Tungggggguuuuuuu .... !"


Sikecik ni cukup suka dengan buah Mulberry. Selama ni dah banyak kali kecek wak untuk bawa pulang. Tapi tak pernah dapat, sebab kita nak tengok sejauh mana perubahan buah dan pokok dari kecil sampai besar dan seterusnya mengeluarkan buah. Rekod kami simpan ... untuk dikongsi bersama. Kat bawah ni, Mulberry yang dah siap di 'blend' untuk testing ..

Sedikit dari buah di'blend' dengan susu dan sedikit lagi di 'blend' dengan gula. Ditambah ais ... Dua dua pun sedap .. Muahhhhhh !!!

Biasa la .. bila nak test .. sikecik ni akan datang hulur bantuan .. "Sedap .... sedap"...
Selepas tu mak dan yang lain pun nak juga ...
Sorang lagi kawan wak pun sedang buat ujikaji dengan minuman lain. Dicampur dan resultnya akan kami bincangkan esok ..

Jeng .... jeng ... jeng.

Monday, December 14, 2009

Oh isteri ku sayang ....

Hah .. akhirnya aku dah dapat talipon aku balik. Masih terletak di atas meja member tu, ketika aku hilang ingatan malam tadi. Disebabkan talipon ni lah ... aku kena sindir dek bini aku pagi tadi.

"Hah bang .. lain kali benda tu pun awak tinggal merata-rata", kata bini wak.
"Amboi .. amboi .. amboi ... cantik nya bahasa. Aku sumpah jadi batu kang .. kang ...kang ..", wak cuba ugut.

Tapi bini wak buat derk jer .. Dalam hati, "Dia ni tak takut aku ke?"

Lepas bergurau senda seawal pagi lagi, aku pun 'start' keta bodoh aku tu untuk gi ke pejabat. "Brooommmm !!!" ... bunyi macam keta lumba.

(Note: Rupanya kalau keta dah lama tak servis, bunyinya pun macam keta lumba. Tak caya, nkorang cuba )

Bila turun dari pejabat ... Aku berubah jadi sombong. Talipon dah ada di tangan. Ha ha ha ....
Biar pun talipon tu murah, tapi banyak dah jasanya. Kalau tak der talipon tu, camana finance nak suruh aku bayar installment keta? Kerana usaha ni la maka diorang boleh buat business.

"Troooottt .... troooooottt....." Bunyi talipon ..
"Hello .. ni encik tot tot (nama censor) ke?"
"Ye ... saya...good moooorrrrninnngggg ! ", dengan bangga menjawab.
"Hello cik .. keta Encik dah tunggak 3 bulan", kata suara dalam tepon. Aku terus naik bengang.
"Hello .. nkorang ni tak der kerja lain ke? Awal awal pagi dah kacau orang", wak basuh dia.
"Memang ini kerja kami Encik", kata suara tu.
"Oh ye ke .... Ok .. kalau cam tu, minggu depan saja saya bayar", Aku jawab.
"Tak boleh Encik .. kena bayar minggu ni", kata suara tu.
"Apesal tak boleh lak? Dah memang cam tu kerja saya .. nak buat camana?", aku jawab.

Tapi aku acah je. Lepas dia call .. terus aku gi ke Amfinance dan bayar. Cehh .. sekali lagi aku dengan sombongnya keluar dari pintu finance. Walaupun realitinya aku cuma bayar RM300 je, sedangkan jumlah yang aku kena bayar adalah RM500/sebulan. Dalam poket ada balance RM23 ... kira ok la.

Kat luar finance, Mata melilau lilau .. pantang tengok muka samseng, dalam hati pun berkata, "Ya Allah .. jangan la diorang tarik keta aku".

Apa apa pun .. tak kesah .. aku dah dapat bini aku balik.
Isteri ku sudah pulang ke pangkuan ... wakakak !!!

Tertinggal isteri

Sesampai di rumah, baru aku perasan. Lampu dalam kereta aku bukak, belek dicelah kerusi, celah drawer ... celah segala galanya. "Ehh .. di mana ni?",hati makin tak senang. Cek lagi bawah kerusi. Ku julur kan tangan kat bawah kerusi. "Tak der juga ! ... Ceh .. !", dalam hati berkata.

Tak puas hati .. aku cek pulak dalam beg .. "Adoiii ... ". Habis semua poket beg, aku selongkar. Risau sungguh aku ni ..
Yang ada cuma 'lighter" ... "Camana ada lighter dalam beg sedangkan aku tak hisap rokok?" Cehhh ... (Selingan : Jangan hisap rokok .. membahayakan kesihatan anda)

Dah puas cari masih tak der. "Dah tua ke atau dah gila aku ni.", dalam hati nyesal. Mungkin sebab aku sendiri kelam kabut malam tadi. Sejak awal lagi, rasanya macam ada yang tak kena. Mula-mula remote kereta pecah time meeting malam tadi. Punya la banyak benda lain boleh dipijak, tapi dia cari remote keta aku juga. Dah la pecah, beteri lak hilang. Pergh ..

Lepas tu masa nak pulang, aku terpusing-pusing, ke hulu-ke hilir, dalam pejabat. Tak semena-mena hulur tangan kat kawan-kawan yang sedang bersantai dan terus pulang ke rumah. Macam kena sihir pun ada ...

Sesampai kat rumah plak .. baru la teringat 'bini' aku tertinggal. Cetttt ... !

AKu buka seluar dan tukar kain pelikat, Kepala perlahan lahan letak atas bantal. Dalam kepala macam macam benda tak baik difikiran. Dia kena colek, kena cilok. Camana kalau ada yang ambik, tapi tak mengaku. Adoii ..habis la aku. Tak senang betul rasa hati ni. Turun semula ke bawah, cek poket seluar, cek semula dalam beg, cek lagi dalam keta.

"Confirm ... SAh ..... Yakin .... memang tak der!"
Handphone aku tertinggal ... ! Siooootttt ...

Dulu zaman tak der handphone, tak pulak rasa cam ni. Baru sekarang ni kalau sedetik tak der bersama, setahun rasanya.

Pada kawan kawan yang cuba untuk hubungi aku hari ni .. "Sorry .. bini gua tertinggal"